Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Posts Tagged ‘ujian Allah

Hidup ini pastinya diuji. Sama ada besar atau kecil ujiannya, kekurangan harta benda atau kehilangan orang yang tersayang, itu semua tertulis sebagai ujian. Sebagaimana firman Allah ini:

albaqarah-1551

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar [Al-Baqarah:155]

Namun sebagai makhluk bergelar insan, bukan setiap masa kita mempunyai untuk terus menerus menggenggam kekuatan untuk menghadapi ujian-ujian daripada Allah. Kerana bukan mudah membina kesabaran dan redha dia atas ujian. Terutama apabila kita diuji dengan rasa sedih dan kecewa.

Bukan mudah mematahkan rasa sedih. Bukan senang memujuk hati untuk menerima segala ketentuan. Sekalipun mulut mampu mengungkapkan kata sabar, ketahuilah bahawa hati sebenarnya memerlukan begitu banyak kekuatan untuk membina kesabaran di hati. Dan perkara yang selalu menjadi pertanyaan kita pada masa itu, mengapa semua ini terjadi kepada kita? Kenapa begitu sukar menghadapi kehidupan ini?

Namun ketahuilah di sebalik rasa sedih ini, sebenarnya Allah bakal memberikan kegembiraan kepada kita, dan di sebalik kekecewaan itu Allah bakal memberikan harapan yang lebih baik kepada kita. Kerana kesedihan dan kekecewaan bukan bermaksud kasih sayang Allah telah padam untuk kehidupan kita. Bahkan terus bersama kita. Cuma bagaimana kita cuba untuk menerima ketentuan dan memahami hakikat kehidupan ini.

Jangan lupa untuk membina keyakinan diri dengan terus berdoa kepadaNya. Minta diberikan segala kekuatan dan kemudahan dalam menghadapi hidup. Pengalaman pahit sebenarnya mengajar kita bahawa hidup ini tidak selalunya indah. Sebagaimana indahnya pandangan mata menilai sesuatu.

Advertisements

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Semalam ketika saya dalam perjalanan dari rumah ke Bandar Baru Bangi, saya menerima mesej dari seorang sahabat karib, Wan Abdul Khalis di Kg. Bintang, Setiu. 

Mesejnya: “Salam, Al-Fatihah atas kembalinya abg saya yang disayangi Wan Baihaki B. Wan Ibrahim pada 7.45 malam tadi..Al-Fatihah.” Menurut Khalis arwah abangnya menghidap TB semasa hidupnya. Semoga ruhnya dicucuri rahmat. Dan sesiapa yang membaca blog ini marilah kita sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah.

Saya yang tengah memandu ketika itu, seakan terfikir sejenak bagaimanalah sekiranya nyawaku ketika itu diambil oleh Allah SWT. Terasa terlalu banyak lagi tanggungjawab yang tidak dilakukan sesempurna mungkin. Sebagai sahabat apa lagi yang boleh diberikan untuk penenang hati melainkan ucapan takziah dan juga rangkaian Fatihah untuk arwah. Sebagai insan, kehilangan insan yang tersayang begitu memberikan kesan kepada kehidupan. Lebih-lebih lagi ahli keluarga yang rapat, pemergiannya sudah tentu akan menimbulkan kesedihan dan rasa hiba. Namun apalah yang boleh dilakukan oleh kita sebagai hambaNya. Sudah pasti hanya perlu dilakukan ialah redha dan mendoakan agar ruh si mati beroleh kesenangan dan rahmat di alam barzakh.


Blog Stats

  • 127,361 hits

My Diary

October 2019
M T W T F S S
« May    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Advertisements