Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Posts Tagged ‘pekerja wajib

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Mempunyai Imej Dan Personaliti Diri 

Menjadi seorang pekerja yang berstatus wajib bukan hanya dinilai dari sudut mampu melaksanakan kerja dengan baik semata-mata, bukan juga dinilai atas dasar buah fikiran yang bernas sahaja. Seorang pekerja wajib akan menunjukkan personaliti sebagai seorang yang diberi kepercayaan dan memegang kepercayaan. 

 

Cuba anda lihat seorang yang hebat dalam melaksanakan kerjanya, bagaimanakah penampilan dan imejnya di mata anda? Adakah seorang yang selekeh? Adakah bajunya tidak bergosok? Berbau busuk? Rambutnya tidak disikat? Sudah tentu tidak bukan. Seorang yang menerima kepercayaan dalam melaksanakan tanggungjawabnya, pasti penampilannya melambangkan keyakinan dan bagaimana dirinya menerima tugasan tersebut.

Gaya seorang CEO tidak sama dengan seorang pegawai melambangkan bahawa CEO mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dan memerlukan personaliti dan imej yang lebih kemas bagi memastikan kepercayaan staf terhadap dirinya sentiasa tinggi dan positif.

Seorang pekerja yang hebat akan tidak akan tenggelam dalam menunjukkan jatidirinya di hadapan orang lain. Penampilan dan imej adalah nilaian pertama orang lain terhadap diri anda. Penampilan akan memberikan keyakinan kepada orang lain untuk memberikan kepercayaan kepada anda. Jadi kenapa mengabaikan penampilan diri anda? Anda mampu mempunyai personaliti diri anda sendiri. Jangan mengambil mudah terhadap imej dan personaliti anda jika anda ingin melangkah ke hadapan penuh keyakinan sebagai seorang pekerja wajib.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bagaimana menjadi pekerja wajib? Jika yang pertama, anda mula memahami bentuk-bentuk kemahiran yang perlu anda kuasai, sebenarnya itu belum cukup untuk meletakkan status anda sebagai seorang pekerja yang benar-benar diperlukan di organisasi anda.

interpersonal

Tip [2] Membina Komunikasi Berkesan

Anda bukan sahaja perlu mahir dalam bidang tugas yang pegang ketika ini, tetapi anda juga perlu tahu berkomunikasi dengan orang lain. Dengan kata lainnya anda hebat dalam berkomunikasi dengan sesiapa sahaja anda berhadapan. Jika anda mungkin hanya seorang despatch atau mungkin anda hanya seorang kerani atau mungkin juga anda hanya seorang pengawal keselamatan atau pemandu, jangan anda merendahkan diri bahawa anda tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Berapa ramai di luar sana mereka yang berjawatan rendah tetapi begitu akrab hubungannya dengan bos dan orang sekeliling.

Dan jika anda mungkin seorang bos atau mungkin juga anda seorang pegawai atau ceo, jangan anda meletakkan bahawa anda mampu mempengaruhi orang lain dengan cara anda berkomunikasi dengan orang lain. Berapa ramai realitinya, bos yang hanya ditakuti oleh staf di bawahnya bukan dihormati dan disegani.

Komunikasi yang berkesan dan baik sudah pasti akan membina hubungan yang harmoni, tanpa mengira siapa pun anda, apa jawatan anda, berapa umur anda. Lebih-lebih lagi dalam situasi bekerja yang sudah pasti banyak melibatkan diri anda dan orang lain. Satu cara mudah untuk anda meneliti adakah anda seorang yang hebat dalam komunikasi, adakah orang di sekeliling anda senang apabila berkomunikasi dengan anda? Jika ya, tahniah anda sememangnya memenuhi kriteria kedua untuk menjadi pekerja wajib. Tetapi jika tidak, anda boleh mula mencari di mana silap anda ketika berkomunikasi dengan anda? mengapa orang meluat bila anda bercakap? mengapa ada yang merajuk dan sedih apabila anda berkata-kata?

Betapa besarnya kuasa komunikasi! Komunikasi yang berkesan akan menyebabkan anda disenangi rakan-rakan sekerja dan mendapat kepercayaan dari bos anda. Apabila anda membahagiakan orang lain dengan cara anda berkomunikasi maka jangan rasa hairan apabila ketiadaan anda begitu dirasai oleh orang lain. Dan apabila situasi ini berlaku, ternya anda adalah seorang pekerja wajib.


Blog Stats

  • 128,849 hits

My Diary

September 2020
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930