Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Posts Tagged ‘motivasi kerjaya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Mempunyai Imej Dan Personaliti Diri 

Menjadi seorang pekerja yang berstatus wajib bukan hanya dinilai dari sudut mampu melaksanakan kerja dengan baik semata-mata, bukan juga dinilai atas dasar buah fikiran yang bernas sahaja. Seorang pekerja wajib akan menunjukkan personaliti sebagai seorang yang diberi kepercayaan dan memegang kepercayaan. 

 

Cuba anda lihat seorang yang hebat dalam melaksanakan kerjanya, bagaimanakah penampilan dan imejnya di mata anda? Adakah seorang yang selekeh? Adakah bajunya tidak bergosok? Berbau busuk? Rambutnya tidak disikat? Sudah tentu tidak bukan. Seorang yang menerima kepercayaan dalam melaksanakan tanggungjawabnya, pasti penampilannya melambangkan keyakinan dan bagaimana dirinya menerima tugasan tersebut.

Gaya seorang CEO tidak sama dengan seorang pegawai melambangkan bahawa CEO mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dan memerlukan personaliti dan imej yang lebih kemas bagi memastikan kepercayaan staf terhadap dirinya sentiasa tinggi dan positif.

Seorang pekerja yang hebat akan tidak akan tenggelam dalam menunjukkan jatidirinya di hadapan orang lain. Penampilan dan imej adalah nilaian pertama orang lain terhadap diri anda. Penampilan akan memberikan keyakinan kepada orang lain untuk memberikan kepercayaan kepada anda. Jadi kenapa mengabaikan penampilan diri anda? Anda mampu mempunyai personaliti diri anda sendiri. Jangan mengambil mudah terhadap imej dan personaliti anda jika anda ingin melangkah ke hadapan penuh keyakinan sebagai seorang pekerja wajib.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

tolong1Tip 3 [Menawarkan pertolongan kepada orang lain] Seorang pekerja sudah pasti akan cuba untuk menyelesaikan tugasan atau kerja yang diterimanya secepat mungkin. Namun apabila tugasan kita telah disiapkan, adakah kita menewarkan diri untuk membantu rakan sekerja kita yang juga mungkin menerima tugasan yang sama banyak macam kita? Jarang sekali bukan. Apa yang selaluberlaku di hadapan mata kita, apabila tugasan kita dapat disiapkan lebih awal dari ‘due date’ yang dikehendaki, sudah tentu kita akan menghabiskan masa kononnya ambil masa rehat untuk diri sendiri, dan melihat rakan anda kelam kabut menyiapkan tugasan mereka yang belum selesai.

Bagi pekerja yang berstatus sederhana akan melakukan perkara sedemikian, tetapi tidak bagi pekerja yang berstatus pekerja wajib. Walaupun telah menyiapkan tugasan kerja lebih awal dari ‘due date’ yang dikehendaki, maka dengan senang hati akan menawarkan diri untuk membantu rakan-rakan yang lain dalam menyiapkan tugasan mereka. Pemikiran seorang pekerja wajib akan memandang bahawa membantu kerja orang lain akan dapat memberikan mereka ilmu baru di samping membantu rakan-rakan menyiapkan kerja tepat pada waktu yang dikehendaki.

Dalam satu ruang pejabat yang sama, anda mungkin menerima tugasan yang berbeza bukan? Dan mungkin juga tugasan yang diterima rakan anda tidak ada dalam pengetahuan anda. Maka dengan membantu rakan anda menyiapkan tugasan mereka secara positifnya telah memberikan anda ruang mempelajari ilmu baru dan menambah tahap kemahiran anda.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bagaimana menjadi pekerja wajib? Jika yang pertama, anda mula memahami bentuk-bentuk kemahiran yang perlu anda kuasai, sebenarnya itu belum cukup untuk meletakkan status anda sebagai seorang pekerja yang benar-benar diperlukan di organisasi anda.

interpersonal

Tip [2] Membina Komunikasi Berkesan

Anda bukan sahaja perlu mahir dalam bidang tugas yang pegang ketika ini, tetapi anda juga perlu tahu berkomunikasi dengan orang lain. Dengan kata lainnya anda hebat dalam berkomunikasi dengan sesiapa sahaja anda berhadapan. Jika anda mungkin hanya seorang despatch atau mungkin anda hanya seorang kerani atau mungkin juga anda hanya seorang pengawal keselamatan atau pemandu, jangan anda merendahkan diri bahawa anda tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Berapa ramai di luar sana mereka yang berjawatan rendah tetapi begitu akrab hubungannya dengan bos dan orang sekeliling.

Dan jika anda mungkin seorang bos atau mungkin juga anda seorang pegawai atau ceo, jangan anda meletakkan bahawa anda mampu mempengaruhi orang lain dengan cara anda berkomunikasi dengan orang lain. Berapa ramai realitinya, bos yang hanya ditakuti oleh staf di bawahnya bukan dihormati dan disegani.

Komunikasi yang berkesan dan baik sudah pasti akan membina hubungan yang harmoni, tanpa mengira siapa pun anda, apa jawatan anda, berapa umur anda. Lebih-lebih lagi dalam situasi bekerja yang sudah pasti banyak melibatkan diri anda dan orang lain. Satu cara mudah untuk anda meneliti adakah anda seorang yang hebat dalam komunikasi, adakah orang di sekeliling anda senang apabila berkomunikasi dengan anda? Jika ya, tahniah anda sememangnya memenuhi kriteria kedua untuk menjadi pekerja wajib. Tetapi jika tidak, anda boleh mula mencari di mana silap anda ketika berkomunikasi dengan anda? mengapa orang meluat bila anda bercakap? mengapa ada yang merajuk dan sedih apabila anda berkata-kata?

Betapa besarnya kuasa komunikasi! Komunikasi yang berkesan akan menyebabkan anda disenangi rakan-rakan sekerja dan mendapat kepercayaan dari bos anda. Apabila anda membahagiakan orang lain dengan cara anda berkomunikasi maka jangan rasa hairan apabila ketiadaan anda begitu dirasai oleh orang lain. Dan apabila situasi ini berlaku, ternya anda adalah seorang pekerja wajib.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

employee

Agak-agaknya anda boleh jawab tak soalan ni? Bukan senang untuk menjadi seorang pekerja yang bertaraf wajib. Pekerja wajib bermaksud anda benar-benar diperlukan di dalam organisasi anda. Kewujudan anda juga disenangi oleh rakan-rakan sepejabat dengan anda. Bos anda pula amat senang untuk berbincang dan meminta pendangan dan idea dari anda. Dan ketiadaan anda akan menyebabkan semua orang di sekeliling anda mula merasai kehilangan anda. Inilah persoalan yang perlu kita sama-sama tanya pada diri kita.

Ramai orang bekerja. Tapi bukan senang untuk menjadi seorang yang mempunyai karektor-karektor di atas. Dengan kata lain anda ‘confirm’ diperlukan di organisasi anda. Namun anda jangan rasa rendah diri sekiranya anda masih belum mencapai tahap pekerja wajib. Sebab anda dan juga saya mempunyai peluang untuk menjawat status pekerja wajib. Tapi bagaimana?

 

[Tip 1] Pertingkatkan Kemahiran

Tidak dapat tidak inilah yang menjadi kunci utama untuk anda menjadi seorang pekerja wajib. Anda mempunyai kemahiran dalam bidang dan tugasan yang anda ceburi. Anda juga profesional dengan ‘position’ jawatan yang anda sandar sekarang. Untuk lebih cepat menjadi pekerja wajib, anda juga perlu lengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran sampingan. Apa sahaja kemahiran sampingan yang mungkin berkaitan dengan kerja anda, jangan biarkan begitu sahaja. Anda perlu belajar dan belajar untuk menguasai ilmu sampingan yang akan membantu anda menjadi pekerja wajib.

Contohnya jika anda seorang pegawai di mana-mana organisasi sekalipun, sudah tentu ada beberapa ilmu sampingan yang perlu anda kuasai. Tidak dapat tidak anda mesti tahu mempengaruhi dan mengurus hal-hal berkaitan dengan bidang kerja anda. Anda juga mesti mahir dalam menggunakan komputer dan IT kerana ini semua akan mengangkat status anda secara tidak langsung. Anda juga mesti tahu ilmu komunikasi yang berkesan untuk memberi arahan kepada anak-anak buah anda. Fikirkanlah adakah anda menguasai kemahiran-kemahiran ini? Jika tidak, jangan mula menjatuhkan potensi anda untuk menjadi pekerja wajib.


Blog Stats

  • 128,849 hits

My Diary

September 2020
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930