Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Posts Tagged ‘kerjaya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Busy dengan kerja. Itulah perkataan yang dapat kuluahkan untuk semua. Minggu ni banyak kerja yang perlu diselesaikan. Busy dengan appointment, persiapan untuk kursus minggu depan dan juga fikirkan idea-idea untuk pembaharuan dalam kursus. Tarikh 23-27 Feb, ada tiga kursus yang sedang menanti. So krew Fitrah Power terpaksa dipecahkan kepada tiga memandangkan 3 lokasi kursus yang berbeza. Satu di Port Dickson, K.Lumpur dan Genting Highlands.

Aku sendiri akan ke PNB Ilham Resort, Port Dickson kerana Kursus Pengukuhan Dan Pembangunan Kumpulan (Teambuilding) untuk Jabatan Kehakiman Syariah. Persiapan perlu mantap kerana sasaran adalah golongan pegawai. Nak tau cerita selanjutnya? Nanti aku balik dari kursus ok?

Advertisements

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

fitrah-power

Dalam seminggu ni rasanya tak sempat nak mengambil ruang untuk menulis di ruangan kegemaran ni. Situasi kerja yang mula sibuk memang tak mengizinkan untuk menulis. Kursus yang ‘pack’ untuk minggu depan memang menuntut banyak kerja yang perlu diselesaikan. Tapi bagaimana hendak menjadi pekerja wajib yang saya tulis untuk anda semua, banyak membantu. Merancang kerja!

Membina kerjaya melalui konsultan sebenarnya memberikan banyak pengalaman jika dibandingkan dengan kerja lain. Semuanya memerlukan pengorbanan masa dan tenaga untuk sebuah pengalaman. Apa yang boleh saya gambarkan, kerja di agensi syarikat swasta akan memberikan 2 kali ganda pengalaman berbanding di sektor kerajaan. Sektor kerajaan lebih kepada pengkhususan, tetapi syarikat swasta akan menuntut anda semua melakukan tugasan untuk satu kerja.

Tu dari sudut pengalaman lah. Dari sudut bagaimana saya membina pengalaman kerja sebagai seorang yang bertugas di konsultan motivasi Islam, Fitrah Power Resources. Terlalu banyak perbezaan yang dapat saya rasakan. Saya bekerja baru tempoh setahun jagung. Lebih kurang 2 tahun begitulah. Tapi menjadi pekerja wajib memang bukan senang. Perlu soft skill, kemahiran berkomunikasi, mengurus kerja dengan baik dan paling penting perancangan kerja. So tak dapat menulis lebih panjang dari ni. To be continue..:)


Blog Stats

  • 127,361 hits

My Diary

October 2019
M T W T F S S
« May    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Advertisements