Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Posts Tagged ‘kerja

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah setelah bersusah payah melaksanakan kerja, akhirnya tiba waktu rehat :). Hari ni saya ambil cuti rehat satu hari. Merebahkan diri dan melelapkan mata. Menjadi penyelaras Kursus Motivasi Teambuilding untuk pegawai-pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang seramai 42 orang sememangnya memberikan cabaran. Tetapi setelah 3 hari 2 malam bersama peserta, memberikan persepsi yang berbeza sebelum kursus ini berlangsung.

Semua aktiviti pun berlangsung dengan baik. Dan yang paling penting, peserta enjoy dan dapat pengisian yang sesuai dengan kedudukan dan jawatan mereka sebagai pegawai syariah, pegawai di bahagian bantuan guaman dan juga hakim.

Fuh..abis je kursus di PNB ilham Resort ni, masa dah nak bertolak balik ke Bangi, kereta pulak buat masalah susah nak hidup. Nasib baik la urusetia FP ade 4 orang, jadi boleh la mintak tolak..huhuhu (terima kasih kepada mereka yang menolak keretaku tempoh hari) Sampai je Bangi, terus kemas-kemas baju sebab aku sendiri kena menjadi peserta kursus Training Of Trainers (TOT) di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Penat bercampur letih.

So kelmarin baru la boleh balik rumah dan menikmati suasana rehat yang begitu aman di rumah hari ini. Sambil-sambil menulis di blog sendiri 🙂 Esok aku pasti kena kerja lagi..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alahai cuti 4 hari rasa sekejap sangat-sangat. Takut nak masuk kerja esok. Maklumlah kerja tak kehabisan. Namanya lagi pun kerja kan. Apa pun banyak kerja yang mesti disiapkan. Bulan Feb ni bakal berdepan banyak out station. So kena prepare la fizikal, mental dan emosi sekali. Proposal dan modul banyak sedang menanti untuk disiapkan.

Kepada warga Malasia yang berbangsa Cina, Gong Xi Fa Cai. Nak wish pun takde kawan berbangsa Cina. So kalau ada amoi-amoi yang singgah kat blog ni Selamat Tahun Baru Cina.

Tags: ,

Blog Stats

  • 128,849 hits

My Diary

September 2020
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930