Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Posts Tagged ‘cerita sedih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pagi tadi Pengarah Urusan tempat aku kerja, Ustaz Shukri hantar mesej yang berbunyi ” “Salam, ibu saya Hajah Jara Abd. Rahman telah kembali ke rahmatullah 2.30 pagi, Jumaat 13 Mac 2009. Solat jenazah di Masjid Gelugor Hj. Tahir pukul 10 pagi. Al-Fatihah. – Ahmad Shukri Yusoff

Apa yang boleh dikatakan, ajal maut adalah ketentuan dari Allah SWT. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Aku dimaklumkan oleh Ustaz pagi kelmarin bondanya terkena serangan jantung dan masih tak sedarkan diri.

Menyelami perasaan macam ni, kalau diri aku sendiri yang mengalami situasi ini tak tahulah macam mana. Tapi yang pasti kita semua akan mengalami saat kematian. Sama ada orang yang kita sayangi ataupun mungkin diri kita sendiri yang pergi lebih awal.

Teringat posting aku yang dua tiga hari yang lepas tentang “Di Sebalik Kesedihan Dan Kecewa”, terasa bahawa memang benar, tidak mudah menghadapi situasi kesedihan. Sebab itulah apa yan aku tulis di blog ini, bukanlah sekadar untuk orang membacanya sahaja, bahkan semua ini adalah untuk diri aku sendiri. Pesanan untuk diri sendiri yang dhaif dan banyak kesilapan.


Blog Stats

  • 128,849 hits

My Diary

September 2020
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930