Kisah Ummu Habibah
Posted April 23, 2009
on:Dalam satu peristiwa, Panglima perang Quraisy yang bernama Abu Sufyan telah menyusup masuk ke Kota Madinah secara diam-diam dan memasuki ke rumah anaknya iaitu Ummu Habibah. Ketika Abu Sufyan hendak duduk di atas tikar yang disediakan untuk tempat duduk Nabi Muhammad s.a.w Ummu Habibah menarik dan menggulung tikar itu.
Melihat perlakuan anaknya maka Abu Sufyan bertanya, “Hai anakku mengapa engkau menggulung tikar itu? apakah kerana ia terlalu buruk untukku?”
Ummu Habibah menjawab, “Tikar itu adalah dikhususkan untuk tempat Nabi s.a.w sedangkan ayah seorang musyrik yang najis, tidak layak untuk duduk di atas tikar ini.”
- In: My Blog
- 3 Comments
Mesti ramai pembaca blog di luar sana yang masih tertanya-tanya, mengapa perlu menulis komen di posting? Mengapa perlu respon kepada posting-posting di blog? Wahai pembaca yang budiman sebenarnya pertanyaan ini terlalu banyak jawapan yang boleh diberikan. Jadi di sini saya senaraikan mengapa pentingnya komen anda di blog kami?
- Komen anda adalah satu-satunya tanda bahawa anda mengambil berat tentang apa yang ditulis oleh blogger. Dari komen anda jugalah blogger dapat mengetahui tentang kualiti postingnya baik, menarik ataupun tidak.
- Komen anda umpama satu penghargaan kepada seorang blogger. Walaupun mungkin sedikit yang anda tulis tapi kerana komen yang sedikit itulah yang akan terus memberikan semangat kepada blogger untuk terus mencari idea menulis posting-posting yang bagus.
- Komen anda juga akan membantu menaikkan ranking blog secara tidak langsung.
- Siapalah blogger tanpa komen anda!
- Komen yang baik berkemungkinan besar akan menjadikan topik tersebut popular di internet dan menjadi rujukan kepada orang lain.
- Komen anda juga berupaya mempengaruhi orang lain untuk sama-sama memberikan komen kepada posting tersebut.
Jadi selepas anda membaca artikel ini, janganlah hanya membaca posting di blog yang anda singgah. Berilah sedikit komen dan respon sebagai tanda perihatin dari anda kepada blogger yang bersusah-payah menghasilkan posting yang baik untuk rujukan anda juga kan! 🙂
Pengalaman Menghadapi Temuduga
Posted April 20, 2009
on:- In: My Life
- 13 Comments
Minggu lepas aku terima panggilan telefon dari Kolej Teknologi Timur Sepang. Berita baik! Aku dipanggil temuduga untuk jawatan Pensyarah Pengajian Islam. Sebenarnya masa dalam Januari 2009, aku ada isi borang kerja kosong di kolej ni, tapi sebab dah lama jadi hati ni tak letak harapan la untuk dipanggil temuduga.
So pendek cerita, hari ni pukul 11.00 pagi tadi aku baru saja jalani temuduga untuk jawatan tu. Memang patutlah orang cakap temuduga memang buat hati berdebor. Cam aku pulak ni la pengalaman pertama temuduga formal. Dulu masuk kerja kat Fitrah Power ni takdelah sampai berdebor sakan cam hari ni. Dulu ustaz panggil jumpa, sembang sikit-sikit dan terus dapat kerja.
Tapi kali ni memang betul-betul hadapi situasi yang sama macam orang lain rasa la. Kalau diikutkan, dalam syarat temuduga ni aku kena buat micro teaching lebih kurang 10 – 15 minit. Allah Maha Kuasa, segalanya dipermudahkan. Masuk bilik temuduga berdepan tiga orang panel. Sorang melayu dan 2 lagi non muslim. So aku diminta oleh panel menceritakan tentang diri sendiri, keluarga, akademik dan juga sedikit pengalaman bekerja.
Dan yang paling mengejutkan juga. Pukul 4.18 petang aku terima panggilan dari Kolej Teknologi Timur yang menyatakan bahawa aku diterima sebagai Pensyarah Pengajian Islam. Aku perlu beri keputusan esok! Adui..kena fikir jugak tu..
Bengkel TOT di Puteri Resort
Posted April 17, 2009
on:- In: My Life
- 2 Comments
Sibuk sikit sehari dua ni memandangkan banyak program yang kena hadir. Kali ni pulak bengkel Trainee of Trainer untuk Program Belia Bestari anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Buat di Puteri Resort, Ayer Keroh. Lima konsultan telah dilantik oleh KBS untuk mengendalikan program ini. So, alhamdulillah Fitrah Power Resources pun terpilih sebagai pengendali program.
Datang ke sini sebagai seorang yang berlabel peserta memang terasa banyak yang kekok la. Banyak aktiviti yang dilaksanakan diri sendiri berada di posisi peserta. Yelah selalunya kita yang bagi talk pada orang. Tapi dalam bengkel ni orang bagi talk pada kita.
Jadi sedikit sebanyak kita kenalah fleksibel dengan pendekatan orang lain dalam mengendalikan bengkel atau kursus. So far banyak ilmu-ilmu baru yang boleh dijadikan aset baru dalam menyampaikan talk akan datang. Yang penting jangan rasa diri dah terbaik, jangan syok sendiri kalau terus hebat dalam membina personaliti sebagai seorang presenter atau fasilitator.
Top 5 Ranking Posting [April]
Posted April 15, 2009
on:- In: My Blog
- 2 Comments
Walaupun baru masuk bulan keempat dalam usaha aku cuba menulis blog ni, inilah lebih kurang hasil yang aku dapat dari idea dan penulisan ku. Bagitau ranking ni bukan nak menunjuk-nunjuk aku ni pandai menulis. Tapi nak ucapkan terima kasih pada mereka yang telah menaikkan ranking posting ni.
Top Posting Setakat Hari Ini
1. Hati Seorang Wanita – 130 views
2. Antara Kasih Sayang Dan Cinta – 71 views
3. Jodoh Ketentuan Allah – 63 views
4. Air Terjun Lata Belatan – 58 views
5. Cinta Akan Terus Memberi – 45 views
Kursus Bina Insan
Posted April 14, 2009
on:- In: Buletin | My Life
- 7 Comments
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Fuh! Aku menunggu begitu lama untuk menulis blog pada hari ini. maklumlah banyak kerja kat luar. Jadi banyak masa kena komitmenkan ketika kursus. Kursus Bina Insan untuk Kementerian Pelancongan Malaysia pada 10-12 April 2009 yang lepas. Best jugak sebab dapat pergi Melaka sebab kursus ni diadakan di Hotel Seri Warisan. Kursus yang mengambil waktu rehat Sabtu dan Ahad..huhu. Yelah tapi bila namanya kerja kenalah laksanakan dengan baik. So ni antara gambar-gambar kursus yang menarik.
Aktiviti Fizikal Kembara Fitrah
Aktiviti Segar Fitrah
Misi Bakul Kertas
Aktiviti Fizikal Uji Minda
Komen Terbaru