Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Archive for the ‘Untuk Pelajar’ Category

spiesKelmarin baru sahaja berakhirnya pengendalian program Kem Remaja S.P.I.E.S (KRS) di Nur Bukit Unggul Eco Resort, Salak Tinggi. Alhamdulillah penyertaan seramai 95 orang peserta berumur dari lingkungan 13-17 tahun dari Bangi dan Kajang telah membuatkan program ini begitu menarik. Yang bagusnya kem ini adalah PERCUMA kerana ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan. Kem ini adalah modul asas dalam menjadikan Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional dan Social sebagai elemen kekuatan kepada remaja khususnya di negeri Selangor ini.

Bagi sesiapa yang ingin mengikuti kem ini secara percuma boleh terus menghubungi Koordinator Pembangunan Modal Insan melalui pejabat DUN masing-masing. Fitrah Power Resources telah dilantik sebagai pengendali untuk kem ini untuk DUN berikut:

9-10 Mei 2009 (Bangi + Kajang)
20-21 Jun 2009 (Teratai + Kinrara + Sg. Pelek)
27-28 Jun 2009 (Balakong + Semenyih)
4-5 Julai 2009 (Seri Serdang + Seri Kembangan)
18-19 Julai 2009 (Tanjung Sepat + Dusun Tua)

#Bagi mereka yang ingin mengetahui tentang Nur Bukit Unggul Eco Resort klik sini.

krs1

 Sesi outdoor gamekrs2

Peserta bergambar kenangan bersama Dr. Shafie & Us. Shukrikrs4

 Terapi Dhuha

Advertisements

Kelmarin berkat kesabaran dan ketekunan semua warga kerja Fitrah Power (FP), buat pertama kalinya Program Didik Fitrah yang merupakan program pertama untuk sasaran pelajar telah berjaya dilaksanakan di Danau Golf Club, UKM. Dengan jumlah peserta seramai 26 orang, program ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Antara objektif utama yang ingin disampaikan dalam program ini ialah untuk membentuk keyakinan diri dan memberikan kaedah-kaedah pembelajaran yang tepat untuk para pelajar mula membina langkah untuk berjaya. Biasalah kan, pelajar-pelajar sekolah rendah ni kena rangsang sikit barulah diorang ada semangat.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Program Didik Fitrah ini, program seterusnya adalah sebagaimana berikut:

Tarikh  : 18 April 2009 (Sabtu)
Lokasi  : Danau Golf Club UKM
Masa     : 8.30 pagi – 5.30 petang (hanya satu hari sahaja)
Sasaran: Remaja berumur 13 – 17 tahun

Nak tengok aktiviti menarik dalam PDF yang lepas? Jom..

pdf2

pdf1

Terasa rugi kerana tidak dapat menyertai PDF? Jangan bimbang kerana anda masih berpeluang untuk menyertainya. Pendaftaran dibuka sekarang.

waktuSusah nak belajar? Tak cukup masa? Selalunya itulah yang selalu diutarakan oleh mereka yang bergelar pelajar baik di sekolah rendah, sekolah menengah atau pun yang dah bergelar siswa. Mereka tak dapat fokus kerana banyak kerja sekolah dan juga assignment yang banyak diberikan oleh guru dan pensyarah. Akhirnya study ‘last minute’ sebagai jalan terakhir mereka.

Satu perkara yang perlu diubah dari sekarang ialah ubah pembelajaran ‘last minute’. Tapi bagaimana? Jika anda banyak terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum atau mungkin juga sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah, amalkan pembelajaran 30 minit satu hari (ini adalah paling minimum yang anda boleh lakukan).

Sebagai pelajar anda sudah pasti mempunyai jadual belajar peribadi anda bukan? Cuma yang jadi masalahnya anda tidak dapat berikan masa untuk belajar walaupun anda sudah mempunyai jadual belajar peribadi. Jadi 30 minit adalah sangat sederhana untuk membuat ulangkaji. Jangan rasa 30 sangat sedikit, kerana 30 minit sehari yang konsisten amat memberikan impak yang besar kepada pelajaran anda. Berbanding anda belajar sehari 3 jam tetapi hanya sekali seminggu. Sudah pasti anda akan kembali lupa untuk mengingati pelajaran anda.

Tak susah bukan? Hanya 30 minit. Tapi jika tumpuan diberikan 30 minit ini sebaik mungkin, natijahnya jauh berbeza dari mereka yang tidak ‘study’. Selamat mencuba!


Blog Stats

  • 122,025 hits

My Diary

December 2017
M T W T F S S
« May    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031