Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Archive for the ‘My Life’ Category

Minggu lepas aku terima panggilan telefon dari Kolej Teknologi Timur Sepang. Berita baik! Aku dipanggil temuduga untuk jawatan Pensyarah Pengajian Islam. Sebenarnya masa dalam Januari 2009, aku ada isi borang kerja kosong di kolej ni, tapi sebab dah lama jadi hati ni tak letak harapan la untuk dipanggil temuduga.

So pendek cerita, hari ni pukul 11.00 pagi tadi aku baru saja jalani temuduga untuk jawatan tu. Memang patutlah orang cakap temuduga memang buat hati berdebor. Cam aku pulak ni la pengalaman pertama temuduga formal. Dulu masuk kerja kat Fitrah Power ni takdelah sampai berdebor sakan cam hari ni. Dulu ustaz panggil jumpa, sembang sikit-sikit dan terus dapat kerja.

Tapi kali ni memang betul-betul hadapi situasi yang sama macam orang lain rasa la. Kalau diikutkan, dalam syarat temuduga ni aku kena buat micro teaching lebih kurang 10 – 15 minit.  Allah Maha Kuasa, segalanya dipermudahkan. Masuk bilik temuduga berdepan tiga orang panel. Sorang melayu dan 2 lagi non muslim. So aku diminta oleh panel menceritakan tentang diri sendiri, keluarga, akademik dan juga sedikit pengalaman bekerja.

Dan yang paling mengejutkan juga. Pukul 4.18 petang aku terima panggilan dari Kolej Teknologi Timur yang menyatakan bahawa aku diterima sebagai Pensyarah Pengajian Islam. Aku perlu beri keputusan esok! Adui..kena fikir jugak tu..

Advertisements

Sibuk sikit sehari dua ni memandangkan banyak program yang kena hadir. Kali ni pulak bengkel Trainee of Trainer untuk Program Belia Bestari anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Buat di Puteri Resort, Ayer Keroh. Lima konsultan telah dilantik oleh KBS untuk mengendalikan program ini. So, alhamdulillah Fitrah Power Resources pun terpilih sebagai pengendali program.

Datang ke sini sebagai seorang yang berlabel peserta memang terasa banyak yang kekok la. Banyak aktiviti yang dilaksanakan diri sendiri berada di posisi peserta. Yelah selalunya kita yang bagi talk pada orang. Tapi dalam bengkel ni orang bagi talk pada kita.

Jadi sedikit sebanyak kita kenalah fleksibel dengan pendekatan orang lain dalam mengendalikan bengkel atau kursus. So far banyak ilmu-ilmu baru yang boleh dijadikan aset baru dalam menyampaikan talk akan datang. Yang penting jangan rasa diri dah terbaik, jangan syok sendiri kalau terus hebat dalam membina personaliti sebagai seorang presenter atau fasilitator.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Fuh! Aku menunggu begitu lama untuk menulis blog pada hari ini. maklumlah banyak kerja kat luar. Jadi banyak masa kena komitmenkan ketika kursus. Kursus Bina Insan untuk Kementerian Pelancongan Malaysia pada 10-12 April 2009 yang lepas.  Best jugak sebab dapat pergi Melaka sebab kursus ni diadakan di Hotel Seri Warisan. Kursus yang mengambil waktu rehat Sabtu dan Ahad..huhu. Yelah tapi bila namanya kerja kenalah laksanakan dengan baik. So ni antara gambar-gambar kursus yang menarik.

kbi1

Aktiviti Fizikal Kembara Fitrah

kbi2

Aktiviti Segar Fitrah

kbi3

Misi Bakul Kertas

kbi4

Aktiviti Fizikal Uji Minda

Petang sebelum aku balik ke kampung (Raub), biasalah aku duk iron baju yang nak pakai. Iron sikit-skit je. Lepas kemas apa yang patut aku pun bertolak balik la ke Raub. Kalau tak silap dalam area pukul 8 malam gitulah. Jarang sebenarnya balik malam-malam ni. Tapi bila ada kes-kes mustahak kenalah jugak balik kampung malam tu.

Dan sebab balik kampung ni lah aku terpaksa membiarkan blog ni bersawang seketika. Nak dijadikan cerita, balik kampung ni sebab esoknya pulak aku kena balik terus ke Terengganu, menyelesaikan perkara yang perlu diselesaikan. Aku ambik cuti ni pun lama juga, dalam lebih kurang 5 hari. Biasalah sesekali ambik cuti panjang. Nak visit Ganu pun memang tanah tumpah darah dah. Takdok apa yang menariklah bagi diri sendiri.

So pagi tadi aku kembali ke rumah sewa di Bangi. Dalam lebih kurang pukul 6 pagi. Suasana yang damai bila mendengar kuatnya azan dekat rumah aku. Apa taknya surau depan blok rumah aku (memanglah kuat bunyi azan). Terus menunaikan solat Subuh dan kemudian melelapkan mata seketika. Fuh..drive sorang diri dari Besut ke Bangi maunya tak penat!

Dalam lebih kurang pukul 7 lebih bangun balik, mandi dan nak rion baju untuk ke opis. Alangkah terkejutnya aku bila nak iron baju tu, aku tengok iron suisnya masih lagi tengah ON. Arghhhh! Rupanya aku terlupa nak OFF suis iron masa gosok baju sebelum balik aritu. Aduhai..marahnya aku! Marah pada diri sendiri sebab selalu terlupa. Berapalah bill letrik  bulan ni kalau iron tak tutup 5 hari non-stop. Sebelum ni pernah jugak terlupa dalam bab tutup suis iron ni. Tapi yang ni paling lama la. Sampai 5 hari beb. Nasib baiklah rumah aku masih selamat dan tak meletup. Lepas ni konfem kena berjaga-jaga takut terlupa lagi.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sudah dua hari tak dapat update blog. Tapi apakan daya, kadang-kadang masa kerja menuntut sehingga di luar waktu pejabat dan di luar kawasan opis. Itulah kerja sebagai konsultan nie. Malam kelmarin (23 Mac) terpaksa menggantikan Ustaz Shukri sebagai penceramah Maulidur Rasul di Masjid Ubudiah, Felda Jengka 10. Kebetulan ustaz kena menghadiri kursus selama tiga hari.

Yelah kalau sehari sebelum program bukan senang jugak nak cari pengganti kan? So aku pun pergi menggantikan ustaz bagi ceramah Maulidur Rasul. Berdebar sangat-sangat. Kali pertama nak cuba bercakap sebagai penceramah. Bukan sesuatu yang mudah. Pendekatan sebagai seorang fasilitator dan penceramah sedikit berbeza. So apa yang boleh aku katakan..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.

Dan yang paling best, bila bersama penduduk Felda Jengka 10 meraikan sambutan Maulud ni. Ada bacaan Al-Quran, nasyid kanak-kanak, ada bercerita dan juga nasyid untuk orang dewasa. Suka tengok-tengok program macam ni. Meriah pulak tu. Dan yang penting penduduk kat situ semuanya ramah-ramah dan sporting lah. Terima kasih kepada ketua kampung. En. Jantan Mat Saman, Tn. Hj. Sharif b. Saad yang memberikan penginapan dan juga kepada semua AJK Sambutan.

Dua hari lepas, Azuani datang ke rumah aku di Bangi. Orang pertama yang datang ke rumah aku selepas pindah rumah. Dah nampak berbeza lah sikit, yelah orang dah pegang status sebagai suami mestilah nampak matang. Tapi seronok tengok kawan-kawan dah kawin. Cuma diri sendiri je lagi tak tahu bila.

So bila Azuani datang sini, fikir-fikir nak bawa dia jumpa 2 orang lagi kawan kitaorang kat Selangor dia. So telefon ke Fauzan (Shah Alam) dan Dwen (Gombak) bagitau nak jumpa. Lagipun setakat aku kerja dekat sini, aku pun belum pernah jumpa diorang juga. Lepas telefon Fauzan & Dwen, janji nak jumpa kat Subang Jaya. Aku sebenarnya lom pernah sampai sini. Maklumlah nak jalan sorang-sorang bukan trend aku la. Budaya diri yang takut sesat tu memang menebal sangat dalam diri aku.

Tapi bila terfikitkan Azuani yang datang dari Terengganu, kenalah pergi juga. Tak baik hampakan orang kan. So dalam lebih kurang 1 jam perjalanan + sesat berpusing-pusing, akhirnya jumpalah Fauzan kat kedai Nasi Kandar Pelita. Tapi Dwen cam biasa la. Perangai lama yang suka datang lambat, buat kitaorang kena lah tunggu dia lagi.

Bila lama tak jumpa..fuhhhh syoknya la sembang-sembang. Pasal pe yang kitaorang tak sentuh. Mula-mula biasalah, tanya khabar, buat pe sekarang…so bila dah lama sket masuk lak bab-bab politik Selangor, travel, masalah rumahtangga..dan akhir sekali bila masuk bab cerita zaman sekolah je..hmm memang tulah kemuncak sembang kitaorang.

Duk teringat zaman-zaman nakal kat sekolah lama..kena usung (junjung) tilam, kisah kena rotan ke ustaz..banyak lagi la. Tapi syok tul la..rupanya dalam usia 20an ni memang imbasan zaman sekolah la yang paling membekas di hati kita. Nanti kalau umur dalam 30an tak taulah apa pulak topik yang bakal disembangkan.

Kalau ada peluang lepas nie, memang nak selalu jumpa la ngan kawan-kawan lama. Best sembang!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bila kembali aku kembali membaca posting yang ditulis sendiri, hati ini sememangnya merenung diri. Kesedihan terlalu banyak berlaku pada diri. Walaupun mungkin kesedihan yang aku alami tidak sehebat apa yang dirasakan oleh mereka di Gaza sana. Tapi hati tetap juga melihat segala aspek diri yang terlalu banyak kekurangan dan kelemahan.

Dalam merenung diri, diriku mula terfikir kekadang apa jua keputusan yang kita lakukan dalam kehidupan ini melibatkan hati dan perasaan orang lain, dan kekadang kita juga bertindak tidak di atas landasan yang betul. Sehingga melibatkan keretakan hubungan sesama manusia. Dan yang paling besar bila kesilapan yang dilakukan memberikan kesedihan kepada orang lain.

Tika itu hati akan tunduk dan mengakui kesalahan dan kesilapan diri. Sama ada besar atau kecil kesalahan dan kesilapan diri akan terus bersarang di lubuk hati. Dan yang pasti manusia akan terus melakukan kesilapan kerana manusia adalah insan yang punya kelemahan. Mudah-mudahan Allah berikan kekuatan pada setiap insan untuk mengubah diri dan terus menyedari kesilapan yang pernah dilakukan. Tetapi jangan ego untuk memohon maaf atas kesilapan diri pada mereka yang terlibat. Wahai diri, jangan lupa bahawa hidupmu hanya sementara. Ubahlah diri mendekatkan diri kepadaNya.


Blog Stats

  • 121,494 hits

My Diary

October 2017
M T W T F S S
« May    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031