Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Archive for the ‘Motivasi’ Category

nilai-positif-diri

Susah untuk dijawap apabila soalan sebegini yang ditanya kepada diri anda bukan? Mengapa? Sebahagiannya merasakan menyebut sesuatu positif tentang diri di hadapan orang lain seolah-olah kita menunjukkan yang bukan-bukan tentang diri sendiri. Atau mungkin juga kita tidak padan untuk menilai diri kita dengan sesuatu yang baik memandangkan terlalu banyak perkara negatif dalam diri kita.

Inilah yang kebiasaannya berlaku dalam kehidupan kita. Kita lebih mudah mencari apakah sikap negatif diri daripada melihat di manakah sikap positif kita. Jadi jangan pelik apabila kita menilai orang lain kita lebih cenderung dalam melihat peribadi mereka yang negatif terlebih dahulu berbanding sikap positif mereka. Dan perkara ini bukan mudah untuk kita anjakkan kerana telah sebati dengan pemikiran masyarakat kita.

Tapi sebenarnya kita perlu mencari apakah sikap positif dalam diri kita. Mengenal diri sendiri bukan sekadar melihat kelemahan diri sepanjang masa. Maksud muhasabah diri bukanlah bererti kita hanya menilik kekurangan diri sebaliknya perlu juga mencari di manakah sikap positif diri sebagai satu motivasi. Tanyalah diri anda? Apakah sikap positif dalam diri anda?

Andalah yang paling layak melihat diri anda, sama ada kekurangan atau kelebihan kerana jika orang lain yang memberikan penilaian kadangkala persepsi mereka berbeza melalui apa yang dilihat melalui mata kasar mereka. Tetapi andai diri anda sendiri yang menilai anda boleh melihat keseluruhan diri anda, dalam dan luar, zahir dan batin.

Untuk melihat sikap positif dalam diri anda, sekarang ambil sehelai kertas A4 dan sebatang pen. Tarik nafas..cuba renungkan siapa diri anda..dan apakah sikap positif yang membantu anda sehingga ke hari ini? Kemudian tulislah di atas kertas tadi. Anda akan dapati begitu banyak sikap positif yang boleh membantu anda menjadi lebih berjaya. Gunakan kesemua sikap positif ini untuk anda membina satu kehidupan baru yang lebih positif.

successIngin berjaya dalam hidup. Satu kata yang sering kita ungkapkan apabila seseorang bertanya kepada kita, apa yang kamu ingin capai pada masa akan datang. Tetapi bagaimana caranya? Itu pula persoalan yang sering timbul dalam diri apabila sudah ada niat ingin membina kejayaan dalam hidup. Perkataan berjaya mudah dieja, tapi bukan mudah dicapai. Berjaya memerlukan kesusahan sebagai teman setia, menuntut seribu pengorbanan masa dan tenaga dan juga perlu mencabar keupayaan dalam diri.

Bagi anda yang pernah membaca artikel saya di www.izoblog.com , kejayaan perlu suatu usaha yang luar biasa. Bukannya usaha 99%, bukan juga 100% tetapi memerlukan momentum 120%. Dengan erti kata lain, untuk berjaya memerlukan kita mencabar keupayaan diri sendiri untuk digunakan semaksimum mungkin.Menggunakan keupayaan, kelebihan dan potensi diri ke peringkat yang terbaik.

Oleh kerana itu apabila pelan tindakan dalam usaha kita membina kejayaan tidak berjaya, kita jarang post-mortem tentang kegagalan menggunakan keupayaan diri sendiri. Selalunya yang termasuk dalam post-mortem kita ialah perkara-perkara luar yang kaitannya sedikit sahaja berbanding keupayaan diri sendiri.

Baru-baru ini kita melihat keputusan SPM yang begitu cemerlang dicapai oleh Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal seorang pelajar yang mempunyai latar belakang keluarga yang susah dan serba kekurangan dalam kemudahan untuk belajar. Jika dilihat dari perkara-perkara sampingan yang menghalang keselesaan dalam hidupnya, sudah pasti kita menilai bahawa dia tak mungkin berjaya.

Tetapi kerana faktor mencabar keupayaan diri inilah yang telah memberikannya ruang untuk berjaya lebih hebat dari mereka yang lain. Apabila timbul rasa ingin mencabar keupayaan diri maka segenap aspek ujian akan dipandang positif dan menjadi perangsang dalam mencipta kejayaan demi kejayaan.

cek_hati“Menilai orang lain melalui hati” mungkin itulah kata-kata yang sesuai untuk menjelaskan tajuk di atas. Bukan mudah menilai orang lain melalui hati. Menilai apa yang tersirat dari pertolongan atau mungkin perlakuan yang ditunjukkan di hadapan kita.

Manusia dianugerahkan mata yang merupakan pancaindera yang utama dalam memberikan pengaruh. Pandangan mata mampu menutup pandangan hati dalam menilai seseorang. Itulah hebatnya mata. Selalunya kita membuat penilaian terhadap seseorang berdasarkan penampilan, tutur kata dan juga personaliti. Kerana kita manusia memang tidak dapat mengenali hati budi orang lain. Sebab itu boleh timbul perkataan seperti berpura-pura dan hipokrit. Kerana menggambarkan bahawa penilaian kita terhadap seseorang hanyalah berdasarkan luaran bukan isi hatinya.

Kita tidak memberikan ruang dalam diri kita untuk kita meneliti seseorang dengan hati kita. Terutama bila seseorang yang sering memberikan pertolongan kepada anda, mengambil berat tentang diri anda maka sudah tentu mata melihat bahawa pertolongan yang diberikan adalah ikhlas. Lebih-lebih lagi jika pertolongan diberikan secara berterusan dan kerap. Tetapi andai dalam waktu yang lain, orang yang pernah memberikan pertolongan itu melakukan kesilapan walaupun sekali, maka sudah tiada lagi kebaikan dalam dirinya. Walaupun mungkin kesilapan itu terlalu kecil.

Tetapi amat berbeza sekiranya seseorang yang pernah melakukan kesilapan dan kesalahan dalam dirinya. Sekalipun dia melakukan pelbagai kebaikan, bahkan dengan ikhlas sekalipun mata tetap akan menilai bahawa dia tetap orang yang salah dan mungkin juga berpura-pura untuk berlaku baik. Itulah fungsi mata yang menilai.

Kita sebagai manusia tidak akan dapat menghalang orang lain dari menilai sedemikian rupa kerana masing-masing mempunyai persepsi yang berlainan. Cuma alangkah baiknya jika kita dapat menilai orang lain melalui hati kita. Dengan erti kata kita melihat apa kebaikan yang pernah wujud dalam dirinya. Bukan dengan cara menafikan kebaikan yang pernah dilakukannya. Kerana jika kita meletakkan persepsi begitu kita sukar untuk memaafkan orang lain. Bahkan kita langsung menutup ruang dan peluang untuk orang mengubah dirinya. Kita semua adalah sama melainkan dalam perkara amal dan taqwa.

dilemmaTiga orang pemuda yang berkawan baik sedang bersembang di sebuah restoran yang menjadi tempat utama mereka bertemu. Mereka ialah Asyraff, Jamal dan Ridhwan. Walaupun rumah mereka bertiga tidak jauh antara satu sama lain, tetapi masing-masing jarang bertemu.

Situasi pertama

Dalam perbualan mereka masing-masing mula menceritakan bagaimana cara untuk mereka membina masa depan mereka dengan lebih baik. Asyraff memulakan perbualan mereka dengan bercerita kepada Jamal dan Ridhwan tentang perniagaannya.

“Aku rasa aku mampu memperluaskan perniagaan aku sekarang. Tapi bila aku terfikirkan risiko kerugian yang mungkin berlaku, takut jugak aku. Yelah modal besar, kalau salah strategi boleh bankrap aku.” Kata Asyraff.

Betul tu Asyraff. Baik kau berniaga je kat kedai kau tu. Lagipun kau tak rugi apa-apa pun kalau kau terus je berniaga seperti sekarang.” Sampuk Jamal.

Situasi kedua

Ridhwan menceritakan tentang dilema yang dihadapinya kepada dua sahabatnya itu.

“Aku pulak tak tahu nak sambung belajar kat mana la! Aku sebenarnya suka bidang IT. Tapi family aku nak aku ambik medic. Peninglah nak buat keputusan. Pe pendapat korang?

Jamal: “Aku rasa baik kau ikut je cakap family kau. Yelah senang nanti kalau diorang sakit kau leh tolong.”

Asyraff:”Aku rasa baik kau tak payah sambung belajar. Kau berniaga macam aku je. Dapat duit sendiri. Lagi tak perlu susahkan family kau.”

Adakah anda sendiri sering mengalami situasi seperti ini? Sukar untuk membuat keputusan. Terutama bila terpaksa membuat pilihan. Terpaksa memikirkan baik dan buruk, positif dan negatif sebelum membuat keputusan yang tepat. Tip-tip ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu.

1. Perlu analisis masalah anda secara keseluruhan. Sama ada puncanya, sebabnya dan cara untuk    menyelesaikannya.

2. Kenal pasti apakah cara-cara yang boleh anda pilih untuk menyelesaikan masalah anda tersebut. Senaraikan semua cadangan yang boleh membantu. Jangan fikir ianya logik atau tidak.

3. Analisis dengan terperinci setiap pilihan kepada penyelesaian masalah anda. Jika anda berada    di tahap ini, perlu dikaji setiap baik dan buruk setiap cadangan anda.

4. Dan jika dari cadangan-cadangan anda tersebut, anda telah buat pilihan yang terbaik maka    jangan terus bertindak mengikut keputusan anda. Seeloknya tanyalah mereka yang lebih    mengetahui atau minta nasihat ahli keluarga yang mungkin boleh memberikan panduan untuk anda    menyelesaikannya berdasarkan pendapat dan buah fikiran anda.

5. Maka jika nasihat yang anda terima bertepatan dengan apa yang anda harapkan, jalan terakhir    mohonlah petunjuk keputusan itu dalam solat istikharah kerana Allah lebih mengetahui apa yang    terbaik untuk anda. Berdoalah agar Allah permudahkan segala permintaan anda dan minta    dikeluarkan dari masalah anda.

doaMembina kebahagiaan dalam hidup bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi sebuah kebahagiaan adalah sesuatu yang amat didambakan oleh setiap insan dalam dunia ini. Untuk mengecapi erti kebahagiaan dalam hidup sudah pasti menuntut usaha dan pengorbanan yang amat tinggi. Andai kebahagiaan dikecapi atas nilai usaha dan pengorbanan ini, sudah pasti kehidupan dirasakan begitu bermakna.

Kebahagiaan selalunya dikaitkan dengan kejayaan, sama ada kejayaan diri, kejayaan dalam kerjaya atau mungkin juga kejayaan dalam membina keluarga.

Namun kebahagiaan selalunya tidak akan hadir sebegitu mudah. Seringkali ujian akan tiba untuk menguji kesabaran dan ketabahan di atas usaha yang dilakukan. Kerana kebahagiaan selepas ujian sudah pasti lebih manis daripada kebahagian yang dikecapi tanpa diuji. Oleh kerana itu, sesekali ada juga insan yang gagal di pertengahan usahanya. Menghadapi ujian sebegini memerlukan doa sebagai pengiring. Doa yang memberikan kekuatan dalam diri. DOA yang menjadi benteng tambahan dalam memberikan ketabahan dalam menghadapi ujian hidup.

Manusia kadang-kadang menghadapi situasi yang sangat sukar dalam hidupnya hanya kerana betapa memikirkan bernilainya harga sebuah kebahagiaan. Dan kerana ini jugalah, doa amat diperlukan. Doa akan memberikan kuasa neutral dalam diri. Kuasa neutral yang akan mengimbangkan antasa usaha dan tawakal. Mintalah padaNy supaya Allah membantu kita membuka ruang yang seluas-luasnya dalam mengecapi kebahagiaan yang sama-sama kita inginkan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

garamSeringkali orang tua-tua menuturkan kata-kata kepada orang muda, “Aku makan garam dulu dari kamu.” Satu dialog dan sangat biasa kita dengar. Selalunya perbualan sebegini memberikan gambaran bahawa orang-orang yang lebih tua dari kita sememangnya mempunyai pengalaman berbanding orang yang lebih muda. Itu satu fakta yang memang tidak dapat disangkal lagi.

Tetapi persoalan spontan yang datang, kenapa hanya garam? Kenapa tidak juga disebut gula? Dan sesuatu yang tersirat yang dapat saya katakan bahawa hidup ini terlalu banyak yang sukar dan payah berbanding perkara yang mudah, bahkan hidup ini sebenarnya lebih banyak kesedihan dan kesakitan berbanding kegembiraan.

Garam diberikan pengolahan oleh orang-orang tua kita sebagai lambang bahawa kesukaran dalam meneruskan kehidupan. Dan dialog seperti ini juga nak menggambarkan bahawa pengalaman hidup adalah datangnya dari kesukaran dan kesedihan yang pernah dialami, bukan dari kegembiraan. Sukarnya menelan rasa masin sebuku garam berbanding tidak terasa manisnya sebutir gula.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bila kembali aku kembali membaca posting yang ditulis sendiri, hati ini sememangnya merenung diri. Kesedihan terlalu banyak berlaku pada diri. Walaupun mungkin kesedihan yang aku alami tidak sehebat apa yang dirasakan oleh mereka di Gaza sana. Tapi hati tetap juga melihat segala aspek diri yang terlalu banyak kekurangan dan kelemahan.

Dalam merenung diri, diriku mula terfikir kekadang apa jua keputusan yang kita lakukan dalam kehidupan ini melibatkan hati dan perasaan orang lain, dan kekadang kita juga bertindak tidak di atas landasan yang betul. Sehingga melibatkan keretakan hubungan sesama manusia. Dan yang paling besar bila kesilapan yang dilakukan memberikan kesedihan kepada orang lain.

Tika itu hati akan tunduk dan mengakui kesalahan dan kesilapan diri. Sama ada besar atau kecil kesalahan dan kesilapan diri akan terus bersarang di lubuk hati. Dan yang pasti manusia akan terus melakukan kesilapan kerana manusia adalah insan yang punya kelemahan. Mudah-mudahan Allah berikan kekuatan pada setiap insan untuk mengubah diri dan terus menyedari kesilapan yang pernah dilakukan. Tetapi jangan ego untuk memohon maaf atas kesilapan diri pada mereka yang terlibat. Wahai diri, jangan lupa bahawa hidupmu hanya sementara. Ubahlah diri mendekatkan diri kepadaNya.

Hidup ini pastinya diuji. Sama ada besar atau kecil ujiannya, kekurangan harta benda atau kehilangan orang yang tersayang, itu semua tertulis sebagai ujian. Sebagaimana firman Allah ini:

albaqarah-1551

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar [Al-Baqarah:155]

Namun sebagai makhluk bergelar insan, bukan setiap masa kita mempunyai untuk terus menerus menggenggam kekuatan untuk menghadapi ujian-ujian daripada Allah. Kerana bukan mudah membina kesabaran dan redha dia atas ujian. Terutama apabila kita diuji dengan rasa sedih dan kecewa.

Bukan mudah mematahkan rasa sedih. Bukan senang memujuk hati untuk menerima segala ketentuan. Sekalipun mulut mampu mengungkapkan kata sabar, ketahuilah bahawa hati sebenarnya memerlukan begitu banyak kekuatan untuk membina kesabaran di hati. Dan perkara yang selalu menjadi pertanyaan kita pada masa itu, mengapa semua ini terjadi kepada kita? Kenapa begitu sukar menghadapi kehidupan ini?

Namun ketahuilah di sebalik rasa sedih ini, sebenarnya Allah bakal memberikan kegembiraan kepada kita, dan di sebalik kekecewaan itu Allah bakal memberikan harapan yang lebih baik kepada kita. Kerana kesedihan dan kekecewaan bukan bermaksud kasih sayang Allah telah padam untuk kehidupan kita. Bahkan terus bersama kita. Cuma bagaimana kita cuba untuk menerima ketentuan dan memahami hakikat kehidupan ini.

Jangan lupa untuk membina keyakinan diri dengan terus berdoa kepadaNya. Minta diberikan segala kekuatan dan kemudahan dalam menghadapi hidup. Pengalaman pahit sebenarnya mengajar kita bahawa hidup ini tidak selalunya indah. Sebagaimana indahnya pandangan mata menilai sesuatu.

Kisah ini saya telah baca beberapa kali di emel saya. Setiap kali membacanya, setiap kali itulah kelopak mata akan menakung air. Jadi saya ingin anda semua yang mungkin belum pernah membacanya, hayatilah kisah ini..

6_anak_monyet

Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya bukan penulis.Apa yang saya yang ingin saya ceritakan pun hanyalah tetang monyet,haiwan yang sering jadi bahan sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang kemas,kekasih yang jelita mahupun banglo besar. Saya tidak bijak bercerita tentang itu.

Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara.Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di kuala Pilah, nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.

Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hamper,saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta.

Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu, terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Tahukah anda, benda apakah yang saya lihat itu? Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya!

Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya,nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.
Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi,tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.

Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet.Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi.Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini,kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.

Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi. Masih saya ingat, beberapa jam berburu, matahari pun sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk, napuh,rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyi jauh dari kami. Hutan itu sepi .

Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pakcik,

” Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan.”

Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan.Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu.Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya.

“Adakah pakcik hendak menembak monyet-monyet itu?”

“Haa. Pakcik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya,nanti boleh bela, ” begitu jawapan pakcik.

Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pakcik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya.Tidak akan saya lupa kata-kata pakcik petang itu, daripada balik tangan kosong? ” lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi,dan..DAMMM!!!

Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyi ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan.BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah.Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pakik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan ,tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.
Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah.Ia cuba bangun dengan besusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah. Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling-
guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya.

Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali. Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya. Saya dan pakcik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil
menahan sakit.

Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi. Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.

Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami.Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya.Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia.

Dosa apakah yang aku lakukan hingga aku ditembak? Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang
masih di pelukannya. Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk kesekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pakcik tadi tidak dapat ditanggung lagi. Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula.

Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pakcik, dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi. Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang-goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku.

Suasana sunyi kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang. Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati. Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pakcik. Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami
kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi
mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa sayang kepada ibu. Tapi kita manusia??

Mana hilangnya akal waras kami? Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pakcik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.

Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia,
walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran. Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu.

Sebagai insan tak kan terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Kerana itulah kelemahan yang ketara dalam diri manusia. Kekadang banyak perkara yang dihadapi dalam hidup anda memerlukan anda memberikan keputusan yang mungkin perlu difikirkan sedalam-dalamnya. Seperti masalah yang mungkin melibatkan ahli keluarga seperti memilih pasangan, pertunangan dan perkahwinan. Sememangnya itulah yang perlu dilakukan.

Tetapi adakalanya anda boleh memberikan keputusan anda secara individu dalam permasalahan yang anda alami, dan ada situasinya keputusan individu tidak menjamin bahawa itu adalah keputusan yang betul. Mengapa? Kerana anda memerlukan nasihat dan panduan pengalaman orang lain untuk situasi yang anda alami. Nasihat mereka yang terlebih dahulu makan garam daripada anda. Mereka yang pernah mengalami keperitan hidup lebih dahulu daripada anda.

Ayah, ibu, adik beradik dan ahli keluarga adalah orang yang paling dekat dan berhak untuk anda bertanyakan apa jua masalah yang mungkin anda alami. Terutama masalah anda anda belum pernah laluinya sepanjang hidup anda. Jangan sekali-sekali memutuskan keputusan sendiri terhadap perkara yang belum pernah anda alami. Sekalipun anda tahu apa yang mungkin anda lakukan terhadap situasi anda, tetapi bertanyakan pendapat ahli keluarga akan memberikan keputusan yang lebih baik dan tepat.

Hari ini anak-anak muda merasakan mereka sudah terlalu dewasa untuk menghadapi kehidupan, sehinggakan mereka mengetepikan ahli keluarga dalam membuat keputusan. Mereka sebenarnya hanya berfikir dalam lingkungan pemikiran mereka sahaja. Lebih-lebih lagi dalam soal pasangan dan jodoh. Oleh kerana itu juga, anak-anak muda hari ini sukar menerima pandangan orang lain kerana dari zaman mereka kecil mereka sudah membuat keputusan sendiri. Mereka akan mudah melenting bila ditegur oleh ahli keluarga sendiri.

Anda boleh bertindak untuk melakukan keputusan untuk anda sendiri. Tetapi bukan dalam semua keadaan. Dalam keadaan yang mungkin melibatkan anda dan keluarga, mintalah pandangan mereka. Akui kesilapan keputusan diri dan teruskan dengan keputusan keluarga. Fikirkan apa yang saya tuliskan ini.


Blog Stats

  • 128,600 hits

My Diary

August 2020
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31