Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Archive for the ‘Buletin’ Category

spiesKelmarin baru sahaja berakhirnya pengendalian program Kem Remaja S.P.I.E.S (KRS) di Nur Bukit Unggul Eco Resort, Salak Tinggi. Alhamdulillah penyertaan seramai 95 orang peserta berumur dari lingkungan 13-17 tahun dari Bangi dan Kajang telah membuatkan program ini begitu menarik. Yang bagusnya kem ini adalah PERCUMA kerana ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan. Kem ini adalah modul asas dalam menjadikan Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional dan Social sebagai elemen kekuatan kepada remaja khususnya di negeri Selangor ini.

Bagi sesiapa yang ingin mengikuti kem ini secara percuma boleh terus menghubungi Koordinator Pembangunan Modal Insan melalui pejabat DUN masing-masing. Fitrah Power Resources telah dilantik sebagai pengendali untuk kem ini untuk DUN berikut:

9-10 Mei 2009 (Bangi + Kajang)
20-21 Jun 2009 (Teratai + Kinrara + Sg. Pelek)
27-28 Jun 2009 (Balakong + Semenyih)
4-5 Julai 2009 (Seri Serdang + Seri Kembangan)
18-19 Julai 2009 (Tanjung Sepat + Dusun Tua)

#Bagi mereka yang ingin mengetahui tentang Nur Bukit Unggul Eco Resort klik sini.

krs1

 Sesi outdoor gamekrs2

Peserta bergambar kenangan bersama Dr. Shafie & Us. Shukrikrs4

 Terapi Dhuha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Fuh! Aku menunggu begitu lama untuk menulis blog pada hari ini. maklumlah banyak kerja kat luar. Jadi banyak masa kena komitmenkan ketika kursus. Kursus Bina Insan untuk Kementerian Pelancongan Malaysia pada 10-12 April 2009 yang lepas.  Best jugak sebab dapat pergi Melaka sebab kursus ni diadakan di Hotel Seri Warisan. Kursus yang mengambil waktu rehat Sabtu dan Ahad..huhu. Yelah tapi bila namanya kerja kenalah laksanakan dengan baik. So ni antara gambar-gambar kursus yang menarik.

kbi1

Aktiviti Fizikal Kembara Fitrah

kbi2

Aktiviti Segar Fitrah

kbi3

Misi Bakul Kertas

kbi4

Aktiviti Fizikal Uji Minda

Kelmarin berkat kesabaran dan ketekunan semua warga kerja Fitrah Power (FP), buat pertama kalinya Program Didik Fitrah yang merupakan program pertama untuk sasaran pelajar telah berjaya dilaksanakan di Danau Golf Club, UKM. Dengan jumlah peserta seramai 26 orang, program ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Antara objektif utama yang ingin disampaikan dalam program ini ialah untuk membentuk keyakinan diri dan memberikan kaedah-kaedah pembelajaran yang tepat untuk para pelajar mula membina langkah untuk berjaya. Biasalah kan, pelajar-pelajar sekolah rendah ni kena rangsang sikit barulah diorang ada semangat.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Program Didik Fitrah ini, program seterusnya adalah sebagaimana berikut:

Tarikh  : 18 April 2009 (Sabtu)
Lokasi  : Danau Golf Club UKM
Masa     : 8.30 pagi – 5.30 petang (hanya satu hari sahaja)
Sasaran: Remaja berumur 13 – 17 tahun

Nak tengok aktiviti menarik dalam PDF yang lepas? Jom..

pdf2

pdf1

Terasa rugi kerana tidak dapat menyertai PDF? Jangan bimbang kerana anda masih berpeluang untuk menyertainya. Pendaftaran dibuka sekarang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pagi tadi Pengarah Urusan tempat aku kerja, Ustaz Shukri hantar mesej yang berbunyi ” “Salam, ibu saya Hajah Jara Abd. Rahman telah kembali ke rahmatullah 2.30 pagi, Jumaat 13 Mac 2009. Solat jenazah di Masjid Gelugor Hj. Tahir pukul 10 pagi. Al-Fatihah. – Ahmad Shukri Yusoff

Apa yang boleh dikatakan, ajal maut adalah ketentuan dari Allah SWT. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Aku dimaklumkan oleh Ustaz pagi kelmarin bondanya terkena serangan jantung dan masih tak sedarkan diri.

Menyelami perasaan macam ni, kalau diri aku sendiri yang mengalami situasi ini tak tahulah macam mana. Tapi yang pasti kita semua akan mengalami saat kematian. Sama ada orang yang kita sayangi ataupun mungkin diri kita sendiri yang pergi lebih awal.

Teringat posting aku yang dua tiga hari yang lepas tentang “Di Sebalik Kesedihan Dan Kecewa”, terasa bahawa memang benar, tidak mudah menghadapi situasi kesedihan. Sebab itulah apa yan aku tulis di blog ini, bukanlah sekadar untuk orang membacanya sahaja, bahkan semua ini adalah untuk diri aku sendiri. Pesanan untuk diri sendiri yang dhaif dan banyak kesilapan.

ustSalam Fitrah untuk semua. Semoga kehidupan kita diberkati oleh Allah. Di kesempatan ini kami ingin memaklumkan kepada anda mengenai satu Program Didik Fitrah Edisi UPSR (10-12 tahun) pada 28 Mac 2009 (Sabtu) bertempat di Danau Golf Club UKM. Berita baik untuk satu anjakan minda anak-anak anda. Program satu hari yang akan memberikan perubahan kepada anak-anak anda.

Dan apa yang penting kami hanya memaklumkan berita baik ini hanya kepada anda.Hanya RM100 untuk seorang peserta. Bayaran berpatutan termasuk makan minum dan juga kit peserta. Jangan mengambil masa terlalu lama untuk berfikir kerana kami hanya memerlukan 100 peserta untuk program ini. Tempat adalah terhad.

Terima kasih atas perhatian untuk informasi ini. Kami menunggu penyertaan dari anda.

Sila Hubungi

Asrulnizam Abas
Eksekutif Kanan,
Fitrah Power Resources
No.12, Tingkat 1, Jalan 3/7,
Jalan Bangi Perdana,
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: 03-89256725
Faks:03-89256727
H/P :017-9777875

——————————————————————————–

PROGRAM DIDIK FITRAH (PDF)
==========================

Ramai ibu bapa bimbang tentang sikap anak-anak mereka yang semakin hari tidak dapat mengurus diri dengan baik terutama dalam soal yang mengambil mudah perkara-perkara ibadah serta tidak berkomitmen dalam pendidikan akademik. Sememangnya tidak mudah untuk membentuk anak-anak untuk menjadi acuan yang baik sehingga mereka meningkat dewasa.

Oleh kerana itu Fitrah Power Resources menggunakan pendekatan Program Didik Fitrah sebagai modul utama dalam merealisasikan apa yang difikirkan oleh anda sebagai ibu bapa. Program ihi hanya berlangsung selama 1 hari.

OBJEKTIF
========

1. Mengenali kelebihan dan kelemahan para pelajar dalam melakukan perubahan diri.
2. Memberikan bimbingan emosi dan spiritual kepada para pelajar.
3. Memotivasikan para pelajar untuk lebih berdaya saing dalam mencapai kejayaan.

PENDEKATAN PROGRAM
==================
Ceramah interaktif | Games | Role Play | LDK | Didik Hibur

PENCERAMAH
==========

Dikendalikan sepenuhnya Ustaz Ahmad Shukri Yusoff, Perunding Utama/Pengarah Urusan Fitrah Power Resources

SIAPA YANG PATUT MENYERTAI?
===========================
Para pelajar sekolah rendah yang berumur 10-12 tahun.

YURAN PROGRAM
=============
Yuran penyertaan ialah RM100.

PEMBAYARAN
==========

Pembayaran boleh dibuat melalui tunai/cek/bank in atas nama Fitrah Power Resources no. akaun BIMB 1601 801 0008 23 selewat-lewatnya 3 hari sebelum program. Slip pembayaran perlu dibawa pada hari pendaftaran.

TENTATIF PROGRAM
================

8.00 pagi  : Pendaftaran
8.30 pagi  : Ice Breaking
9.00 pagi  : Mengenali Potensi Diri
10.30 pagi : Minum Pagi
11.00 pagi : Motivasi Pelajar Cemerlang
12.30 tgh  : Makan Tengah Hari / Solat Zohor
2.00 ptg   : Menghargai Jasa Ibu Bapa
3.30 ptg   : Anak Harapan
4.30 ptg   : Minum Petang
5.00 ptg   : Slot Bersama Ibu Bapa
5.30 ptg   : Bersurai

BORANG PENYERTAAN
=================

NAMA PESERTA :
UMUR :
NO IC / S.KELAHIRAN :
ALAMAT RUMAH         :

NAMA IBU BAPA / PENJAGA :
NO TEL            :

atau boleh dapatkan Borang Pendaftaran Program Didik Fitrah di link ini:

http://www.fitrahpower.com/program-didik-fitrah-pdf

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah setelah bersusah payah melaksanakan kerja, akhirnya tiba waktu rehat :). Hari ni saya ambil cuti rehat satu hari. Merebahkan diri dan melelapkan mata. Menjadi penyelaras Kursus Motivasi Teambuilding untuk pegawai-pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang seramai 42 orang sememangnya memberikan cabaran. Tetapi setelah 3 hari 2 malam bersama peserta, memberikan persepsi yang berbeza sebelum kursus ini berlangsung.

Semua aktiviti pun berlangsung dengan baik. Dan yang paling penting, peserta enjoy dan dapat pengisian yang sesuai dengan kedudukan dan jawatan mereka sebagai pegawai syariah, pegawai di bahagian bantuan guaman dan juga hakim.

Fuh..abis je kursus di PNB ilham Resort ni, masa dah nak bertolak balik ke Bangi, kereta pulak buat masalah susah nak hidup. Nasib baik la urusetia FP ade 4 orang, jadi boleh la mintak tolak..huhuhu (terima kasih kepada mereka yang menolak keretaku tempoh hari) Sampai je Bangi, terus kemas-kemas baju sebab aku sendiri kena menjadi peserta kursus Training Of Trainers (TOT) di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Penat bercampur letih.

So kelmarin baru la boleh balik rumah dan menikmati suasana rehat yang begitu aman di rumah hari ini. Sambil-sambil menulis di blog sendiri 🙂 Esok aku pasti kena kerja lagi..

Alhamdulillah..kadang-kadang kegawatan ekonomi ada juga hikmahnya. Sebab bukan saja negara Islam yang mengalaminya bahkan negara Amerika laknatullah pun mengalami perkara yang sama. Dan mungkin juga lebih teruk berbanding negara lain. Jangan berhenti boikot. Palestin sudah lama dizalimi mereka! SAVE PALESTIN.

starbucks20logo

Starbucks berhentikan 6,700 pekerja, 300 premis ditutup

NEW YORK: Starbucks, rangkaian kedai kopi popular akan memberhentikan 6,700 pekerjanya serta menutup 300 rangkaian kedainya di seluruh dunia sebagai persediaan menghadapi kemelesetan ekonomi dunia. Sebelum ini, Starbucks mengumumkan mengenai langkah pengstrukturan besar-besarannya pada Julai depan selepas prestasi kewangan suku pertama perniagaannya tahun lalu jatuh sehingga 6 peratus.

Syarikat berkenaan mencatatkan keuntungan bersih bagi suku terakhir pada 28 Disember lalu kepada 69 peratus atau AS$64.3 juta daripada AS$ 208.1 juta pada tempoh sama 2007.

“Dalam keadaan kelemahan ekonomi global dan situasi pelanggan sekarang, Starbucks perlu mematuhi pelan perniagaan yang lebih baik iaitu menguatkan perniagaan dengan operasi lebih efisyen dan memantapkan nilai asas perniagaan serta jenama kami,” kata Howard Schultz, Pengerusi yang juga Ketua Eksekutif Starbucks.

Sehingga hujung tahun ini, syarikat berkenaan bercadang menutup kira-kira 300 premisnya di seluruh dunia, termasuk 200 di Amerika. Terbaru pada Julai lalu, Starbucks menutup 600 rangkaian kedainya di Amerika dengan lebih 11,000 hilang pekerjaan. – AFP


Blog Stats

  • 120,398 hits

My Diary

June 2017
M T W T F S S
« May    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930