Pengalaman Menghadapi Temuduga
Posted April 20, 2009
on:- In: My Life
- 13 Comments
Minggu lepas aku terima panggilan telefon dari Kolej Teknologi Timur Sepang. Berita baik! Aku dipanggil temuduga untuk jawatan Pensyarah Pengajian Islam. Sebenarnya masa dalam Januari 2009, aku ada isi borang kerja kosong di kolej ni, tapi sebab dah lama jadi hati ni tak letak harapan la untuk dipanggil temuduga.
So pendek cerita, hari ni pukul 11.00 pagi tadi aku baru saja jalani temuduga untuk jawatan tu. Memang patutlah orang cakap temuduga memang buat hati berdebor. Cam aku pulak ni la pengalaman pertama temuduga formal. Dulu masuk kerja kat Fitrah Power ni takdelah sampai berdebor sakan cam hari ni. Dulu ustaz panggil jumpa, sembang sikit-sikit dan terus dapat kerja.
Tapi kali ni memang betul-betul hadapi situasi yang sama macam orang lain rasa la. Kalau diikutkan, dalam syarat temuduga ni aku kena buat micro teaching lebih kurang 10 – 15 minit. Allah Maha Kuasa, segalanya dipermudahkan. Masuk bilik temuduga berdepan tiga orang panel. Sorang melayu dan 2 lagi non muslim. So aku diminta oleh panel menceritakan tentang diri sendiri, keluarga, akademik dan juga sedikit pengalaman bekerja.
Dan yang paling mengejutkan juga. Pukul 4.18 petang aku terima panggilan dari Kolej Teknologi Timur yang menyatakan bahawa aku diterima sebagai Pensyarah Pengajian Islam. Aku perlu beri keputusan esok! Adui..kena fikir jugak tu..
13 Responses to "Pengalaman Menghadapi Temuduga"

terima je…setakat bagi cadangan je ni…jangan maroh…


Apa pun yg along pilih…. saya sokong… Fighting!
hehe


wajib pergi ! tapi…bidang training lagi mencabar ! heheheh


pegi,,jgn xpegi,,peluang dtg hanya sekali..
cuba semua bidang!!


jangan pegiii… uwaaa…..


rul, doh mu jadi g ke ngajor kat kolej tu? kesian kak nurya tu, huhu.. boleh bayang kalu mu x dop guane beliau, hahaha…


jangan pegi…jangan pegi…( menangis2 sambil hentak kaki)


yea..yea.. ( lompat…lompat)


suke ati beliau sampai terlompat sakan..:)


Wah..dapat jadi lecturer tue..Kena fikir baik-baik nih..Dah ade jawapan ke blum eh Asrul

April 21, 2009 at 5:47 pm
tahniah serol! kalau bleh ceritakanlah detail sket camner keadaan dlam bilik temuduga tuh. satgi aku balik, bleh refer ke mung.