Mencabar Keupayaan Diri
Posted by: alongwairnazz on: April 16, 2009
- In: Motivasi
- 2 Comments
Ingin berjaya dalam hidup. Satu kata yang sering kita ungkapkan apabila seseorang bertanya kepada kita, apa yang kamu ingin capai pada masa akan datang. Tetapi bagaimana caranya? Itu pula persoalan yang sering timbul dalam diri apabila sudah ada niat ingin membina kejayaan dalam hidup. Perkataan berjaya mudah dieja, tapi bukan mudah dicapai. Berjaya memerlukan kesusahan sebagai teman setia, menuntut seribu pengorbanan masa dan tenaga dan juga perlu mencabar keupayaan dalam diri.
Bagi anda yang pernah membaca artikel saya di www.izoblog.com , kejayaan perlu suatu usaha yang luar biasa. Bukannya usaha 99%, bukan juga 100% tetapi memerlukan momentum 120%. Dengan erti kata lain, untuk berjaya memerlukan kita mencabar keupayaan diri sendiri untuk digunakan semaksimum mungkin.Menggunakan keupayaan, kelebihan dan potensi diri ke peringkat yang terbaik.
Oleh kerana itu apabila pelan tindakan dalam usaha kita membina kejayaan tidak berjaya, kita jarang post-mortem tentang kegagalan menggunakan keupayaan diri sendiri. Selalunya yang termasuk dalam post-mortem kita ialah perkara-perkara luar yang kaitannya sedikit sahaja berbanding keupayaan diri sendiri.
Baru-baru ini kita melihat keputusan SPM yang begitu cemerlang dicapai oleh Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal seorang pelajar yang mempunyai latar belakang keluarga yang susah dan serba kekurangan dalam kemudahan untuk belajar. Jika dilihat dari perkara-perkara sampingan yang menghalang keselesaan dalam hidupnya, sudah pasti kita menilai bahawa dia tak mungkin berjaya.
Tetapi kerana faktor mencabar keupayaan diri inilah yang telah memberikannya ruang untuk berjaya lebih hebat dari mereka yang lain. Apabila timbul rasa ingin mencabar keupayaan diri maka segenap aspek ujian akan dipandang positif dan menjadi perangsang dalam mencipta kejayaan demi kejayaan.
2 Responses to "Mencabar Keupayaan Diri"

2 | nurya
May 4, 2009 at 2:45 am
bagaimana nk mencabar keupayaan diri sedangkan diri ini tak pernah rasa tercabar…huhu…

April 30, 2009 at 2:32 am
Kejayaan adalah milik semua org,tp jaya sendiri tak mudah untuk dicapai.bth pengorbnanan,perlakuan yg sedmikian rupa sehingga jaya itu bisa kt raih.
Kebangkitan kita saat kita jatuh,dan low profile ketika kita tggi.
Kita haruz ingat,roda itu berputar.tak pernah berhenti.
Selain itu kejayaan antara org yg 1 dgn yg lain amatlah berbeda.