Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Archive for April 8th, 2009

Petang sebelum aku balik ke kampung (Raub), biasalah aku duk iron baju yang nak pakai. Iron sikit-skit je. Lepas kemas apa yang patut aku pun bertolak balik la ke Raub. Kalau tak silap dalam area pukul 8 malam gitulah. Jarang sebenarnya balik malam-malam ni. Tapi bila ada kes-kes mustahak kenalah jugak balik kampung malam tu.

Dan sebab balik kampung ni lah aku terpaksa membiarkan blog ni bersawang seketika. Nak dijadikan cerita, balik kampung ni sebab esoknya pulak aku kena balik terus ke Terengganu, menyelesaikan perkara yang perlu diselesaikan. Aku ambik cuti ni pun lama juga, dalam lebih kurang 5 hari. Biasalah sesekali ambik cuti panjang. Nak visit Ganu pun memang tanah tumpah darah dah. Takdok apa yang menariklah bagi diri sendiri.

So pagi tadi aku kembali ke rumah sewa di Bangi. Dalam lebih kurang pukul 6 pagi. Suasana yang damai bila mendengar kuatnya azan dekat rumah aku. Apa taknya surau depan blok rumah aku (memanglah kuat bunyi azan). Terus menunaikan solat Subuh dan kemudian melelapkan mata seketika. Fuh..drive sorang diri dari Besut ke Bangi maunya tak penat!

Dalam lebih kurang pukul 7 lebih bangun balik, mandi dan nak rion baju untuk ke opis. Alangkah terkejutnya aku bila nak iron baju tu, aku tengok iron suisnya masih lagi tengah ON. Arghhhh! Rupanya aku terlupa nak OFF suis iron masa gosok baju sebelum balik aritu. Aduhai..marahnya aku! Marah pada diri sendiri sebab selalu terlupa. Berapalah bill letrikĀ  bulan ni kalau iron tak tutup 5 hari non-stop. Sebelum ni pernah jugak terlupa dalam bab tutup suis iron ni. Tapi yang ni paling lama la. Sampai 5 hari beb. Nasib baiklah rumah aku masih selamat dan tak meletup. Lepas ni konfem kena berjaga-jaga takut terlupa lagi.

Advertisements

Blog Stats

  • 127,363 hits

My Diary

April 2009
M T W T F S S
« Mar   May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
Advertisements