Program Didik Fitrah (PDF)
Posted March 29, 2009
on:- In: Buletin | Untuk Pelajar
- 3 Comments
Kelmarin berkat kesabaran dan ketekunan semua warga kerja Fitrah Power (FP), buat pertama kalinya Program Didik Fitrah yang merupakan program pertama untuk sasaran pelajar telah berjaya dilaksanakan di Danau Golf Club, UKM. Dengan jumlah peserta seramai 26 orang, program ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Antara objektif utama yang ingin disampaikan dalam program ini ialah untuk membentuk keyakinan diri dan memberikan kaedah-kaedah pembelajaran yang tepat untuk para pelajar mula membina langkah untuk berjaya. Biasalah kan, pelajar-pelajar sekolah rendah ni kena rangsang sikit barulah diorang ada semangat.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Program Didik Fitrah ini, program seterusnya adalah sebagaimana berikut:
Tarikh : 18 April 2009 (Sabtu)
Lokasi : Danau Golf Club UKM
Masa : 8.30 pagi – 5.30 petang (hanya satu hari sahaja)
Sasaran: Remaja berumur 13 – 17 tahun
Nak tengok aktiviti menarik dalam PDF yang lepas? Jom..
Terasa rugi kerana tidak dapat menyertai PDF? Jangan bimbang kerana anda masih berpeluang untuk menyertainya. Pendaftaran dibuka sekarang.
3 Responses to "Program Didik Fitrah (PDF)"

seronok bleh handle program ni, sama-sama enjoy ngan peserta cilik yang lincah dan bersemangat… love u all adik2…

March 30, 2009 at 11:13 am
bagus program ni…tapi fifi dah lebih umur…lagi pun kat kolumpo….