Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Archive for March 25th, 2009

doaMembina kebahagiaan dalam hidup bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi sebuah kebahagiaan adalah sesuatu yang amat didambakan oleh setiap insan dalam dunia ini. Untuk mengecapi erti kebahagiaan dalam hidup sudah pasti menuntut usaha dan pengorbanan yang amat tinggi. Andai kebahagiaan dikecapi atas nilai usaha dan pengorbanan ini, sudah pasti kehidupan dirasakan begitu bermakna.

Kebahagiaan selalunya dikaitkan dengan kejayaan, sama ada kejayaan diri, kejayaan dalam kerjaya atau mungkin juga kejayaan dalam membina keluarga.

Namun kebahagiaan selalunya tidak akan hadir sebegitu mudah. Seringkali ujian akan tiba untuk menguji kesabaran dan ketabahan di atas usaha yang dilakukan. Kerana kebahagiaan selepas ujian sudah pasti lebih manis daripada kebahagian yang dikecapi tanpa diuji. Oleh kerana itu, sesekali ada juga insan yang gagal di pertengahan usahanya. Menghadapi ujian sebegini memerlukan doa sebagai pengiring. Doa yang memberikan kekuatan dalam diri. DOA yang menjadi benteng tambahan dalam memberikan ketabahan dalam menghadapi ujian hidup.

Manusia kadang-kadang menghadapi situasi yang sangat sukar dalam hidupnya hanya kerana betapa memikirkan bernilainya harga sebuah kebahagiaan. Dan kerana ini jugalah, doa amat diperlukan. Doa akan memberikan kuasa neutral dalam diri. Kuasa neutral yang akan mengimbangkan antasa usaha dan tawakal. Mintalah padaNy supaya Allah membantu kita membuka ruang yang seluas-luasnya dalam mengecapi kebahagiaan yang sama-sama kita inginkan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sudah dua hari tak dapat update blog. Tapi apakan daya, kadang-kadang masa kerja menuntut sehingga di luar waktu pejabat dan di luar kawasan opis. Itulah kerja sebagai konsultan nie. Malam kelmarin (23 Mac) terpaksa menggantikan Ustaz Shukri sebagai penceramah Maulidur Rasul di Masjid Ubudiah, Felda Jengka 10. Kebetulan ustaz kena menghadiri kursus selama tiga hari.

Yelah kalau sehari sebelum program bukan senang jugak nak cari pengganti kan? So aku pun pergi menggantikan ustaz bagi ceramah Maulidur Rasul. Berdebar sangat-sangat. Kali pertama nak cuba bercakap sebagai penceramah. Bukan sesuatu yang mudah. Pendekatan sebagai seorang fasilitator dan penceramah sedikit berbeza. So apa yang boleh aku katakan..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.

Dan yang paling best, bila bersama penduduk Felda Jengka 10 meraikan sambutan Maulud ni. Ada bacaan Al-Quran, nasyid kanak-kanak, ada bercerita dan juga nasyid untuk orang dewasa. Suka tengok-tengok program macam ni. Meriah pulak tu. Dan yang penting penduduk kat situ semuanya ramah-ramah dan sporting lah. Terima kasih kepada ketua kampung. En. Jantan Mat Saman, Tn. Hj. Sharif b. Saad yang memberikan penginapan dan juga kepada semua AJK Sambutan.


Blog Stats

  • 127,501 hits

My Diary

March 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031