Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Archive for March 21st, 2009

waktuSusah nak belajar? Tak cukup masa? Selalunya itulah yang selalu diutarakan oleh mereka yang bergelar pelajar baik di sekolah rendah, sekolah menengah atau pun yang dah bergelar siswa. Mereka tak dapat fokus kerana banyak kerja sekolah dan juga assignment yang banyak diberikan oleh guru dan pensyarah. Akhirnya study ‘last minute’ sebagai jalan terakhir mereka.

Satu perkara yang perlu diubah dari sekarang ialah ubah pembelajaran ‘last minute’. Tapi bagaimana? Jika anda banyak terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum atau mungkin juga sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah, amalkan pembelajaran 30 minit satu hari (ini adalah paling minimum yang anda boleh lakukan).

Sebagai pelajar anda sudah pasti mempunyai jadual belajar peribadi anda bukan? Cuma yang jadi masalahnya anda tidak dapat berikan masa untuk belajar walaupun anda sudah mempunyai jadual belajar peribadi. Jadi 30 minit adalah sangat sederhana untuk membuat ulangkaji. Jangan rasa 30 sangat sedikit, kerana 30 minit sehari yang konsisten amat memberikan impak yang besar kepada pelajaran anda. Berbanding anda belajar sehari 3 jam tetapi hanya sekali seminggu. Sudah pasti anda akan kembali lupa untuk mengingati pelajaran anda.

Tak susah bukan? Hanya 30 minit. Tapi jika tumpuan diberikan¬†30 minit ini sebaik mungkin, natijahnya jauh berbeza dari mereka yang tidak ‘study’. Selamat mencuba!

Bagi sebahagian mereka di luar sana yang kurang suka membaca blog, mungkin selalu terfikir mengapalah menulis blog ni. Menulis dan menulis tapi belum tentu lagi ada yang membacanya. Kekadang menghabiskan banyak masa pulak tu untuk membuat satu-satu posting. Jadi di sini saya senaraikan sebahagian yang mungkin perlu anda perhatikan tentang besarnya peranan blog.

 

berblog

1. Sampaikan pendapat anda

Sebenarnya sebagai manusia anda mesti ada pandangan sendiri tentang apa sahaja yang berlaku di sekeliling anda. Dan anda tidak mampu bersuara untuk menyampaikan komentar tentang sesuatu. Maka blog adalah tempat yang paling sesuai. Nyatakan isu yang berlaku dan lontarkan pendapat anda. Kerana mungkin di luar sana ramai yang rupa-rupanya sependapat dengan anda.

2. Gilap potensi anda

Jika anda seorang yang bijak menyusun kata-kata, terror dalam mengarang, sensitif terhadap isu dan kreatif, mengapa anda hanya biarkan bakat anda terbiar begitu sahaja. Anda patut gilap bakat ini. Berapa ramai di luar sana yang tidak menyedari tentang bakat yang diberikan kepada mereka.

3. Tambah ilmu pengetahuan

Bukan senang membina blog. Lebih-lebih lagi untuk mengetengahkan konsep blog kita pada orang lain dan meyakinkan mereka. Maka sudah pasti kita memerlukan ‘homework’ yang banyak dan membuat research untuk satu-satu posting. Maka di sini secara tidak langsung akan memberikan input-input baru kepada minda anda tentang apa saja ilmu.

4. Kawan biar seribu

Berblog sebenarnya memberikan anda rang yang luas untuk mencari dan membina kenalan baru. Persahabatan di alam maya, tetapi persahabatan sebenarnya berlaku atas dasar perkongsian ilmu dan bertukar pendapat. Silap-silap anda boleh bertemu jodoh dengan kawan-kawan blogger anda.

5. Sumber ekonomi luar waktu kerja

Haa..jangan tak tahu kalau anda tahu bagaimana memasarkan produk anda di blog, anda sebenarnya sedang berusaha keras menambahkan pendapatan anda. Bayangkanlah dengan hanya menulis anda mampu menjana pendapatan anda. Tapi perlu dapatkan info tambahan untuk cara-caranya sebab saya tak nyatakan di sini.

6. Mengajarkan ilmu

Anda mungkin seorang yang berilmu dan ingin berkonsi ilmu bersama orang ramai. Jadi blog adalah saluran yang paling mudah untuk dikongsikan. Sampaikan ilmu walaupun hanya satu ayat. Jangan biarkan diri anda diselubungi rasa hampa untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu.

7. Isi masa lapang

Anda yang tak sukakan aktiviti lasak dan lebih gemarkan aktiviti minda, blog adalah ruang paling sesuai tuk anda terus mengisi lapang dengan berfikir dan berfikir. Tahukah anda banyak berfikir dapat membantu anda dari nyanyuk. So ada juga kebaikannya.


Blog Stats

  • 127,501 hits

My Diary

March 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031