Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Archive for March 20th, 2009

abdullah_badawi3

najib2

Pada akhir bulan ini bakal berlaku satu perubahan dalam kerajaan Malaysia atau lebih tepat dalam struktur kepimpinan UMNO apabila Pak Lah bakal digantikan dengan Najib. Sememangnya bagi ahli UMNO saat ini mungkin memberikan sedikit nafas untuk mereka meneruskan pelbagai lagi agenda mereka yang terus merosakkan negara dan juga perpaduan Melayu.

Sepanjang pemerintahan Pak Lah, Islam Hadhari bagaikan mampu memberikan perubahan positif pada UMNO. Namun yang berlaku adalah sebaliknya. Masing-masing ingin agar kepimpinan UMNO segera bertukar tampuk kepada pemerintahan kepada Najib.

Tapi layakkah Najib memimpin negara? Insiden di Perak sudah pasti banyak melukai hati orang Melayu sendiri sehinggakan telah mencalari perlembagaan beraja negara Malaysia. Politik wang sudah pasti akan terus berakar umbi dengan bakal pemimpin ini. Kegilaan kuasa antara pemimpin UMNO hanya akan memberikan rakyat sebagai mangsa kepada keadaan yang bakal berlaku.

Anda rasa bagaimana?

ie8-screenshot-copy

Syarikat Microsoft kini melancarkan Internet Explorer (IE8) sebagai web browser terbaru. Web browser ini nyata lebih banyak memberi kelebihan kepada pengguna berbanding web browser yang sebelumnya. Microsoft menegaskan bahawa dengan IE8 ini informasi mampu dicapai dengan lebih pantas dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih tinggi.

Ini ditegaskan sendiri oleh Steve Ballmer sebagai Ketua Eksekutif Microsoft, “Customers have made clear what they want in a Web browser — safety, speed and greater ease of use.”

Menurut research yang dijalankan oleh Net Application, IE8 mencapai tahap browser paling tinggi dalam bulan Januari yang lepas dengan 67.5%, kemudian diikuti oleh Mozilla’s Firefox 25.53%, Apple Safari 8.29% dan Google Chrome 1.12%.

Kepada mereka yang masih belum mencuba klik sini untuk download Internet Explorer 8.


Blog Stats

  • 128,849 hits

My Diary

March 2009
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031