Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Teringat Zaman Sekolah..

Posted on: March 19, 2009

Dua hari lepas, Azuani datang ke rumah aku di Bangi. Orang pertama yang datang ke rumah aku selepas pindah rumah. Dah nampak berbeza lah sikit, yelah orang dah pegang status sebagai suami mestilah nampak matang. Tapi seronok tengok kawan-kawan dah kawin. Cuma diri sendiri je lagi tak tahu bila.

So bila Azuani datang sini, fikir-fikir nak bawa dia jumpa 2 orang lagi kawan kitaorang kat Selangor dia. So telefon ke Fauzan (Shah Alam) dan Dwen (Gombak) bagitau nak jumpa. Lagipun setakat aku kerja dekat sini, aku pun belum pernah jumpa diorang juga. Lepas telefon Fauzan & Dwen, janji nak jumpa kat Subang Jaya. Aku sebenarnya lom pernah sampai sini. Maklumlah nak jalan sorang-sorang bukan trend aku la. Budaya diri yang takut sesat tu memang menebal sangat dalam diri aku.

Tapi bila terfikitkan Azuani yang datang dari Terengganu, kenalah pergi juga. Tak baik hampakan orang kan. So dalam lebih kurang 1 jam perjalanan + sesat berpusing-pusing, akhirnya jumpalah Fauzan kat kedai Nasi Kandar Pelita. Tapi Dwen cam biasa la. Perangai lama yang suka datang lambat, buat kitaorang kena lah tunggu dia lagi.

Bila lama tak jumpa..fuhhhh syoknya la sembang-sembang. Pasal pe yang kitaorang tak sentuh. Mula-mula biasalah, tanya khabar, buat pe sekarang…so bila dah lama sket masuk lak bab-bab politik Selangor, travel, masalah rumahtangga..dan akhir sekali bila masuk bab cerita zaman sekolah je..hmm memang tulah kemuncak sembang kitaorang.

Duk teringat zaman-zaman nakal kat sekolah lama..kena usung (junjung) tilam, kisah kena rotan ke ustaz..banyak lagi la. Tapi syok tul la..rupanya dalam usia 20an ni memang imbasan zaman sekolah la yang paling membekas di hati kita. Nanti kalau umur dalam 30an tak taulah apa pulak topik yang bakal disembangkan.

Kalau ada peluang lepas nie, memang nak selalu jumpa la ngan kawan-kawan lama. Best sembang!

7 Responses to "Teringat Zaman Sekolah.."

oit.. azuani kawen doh ker?? sepatah haram dop kabo ke aku. cet. matpik kawen puok mung tahu dop lagi? baru kawen mareng dulu.

orang kate zaman belajo tu paling best…

fifi..jangan abaikan kenangan masa sekolah. wat yg terbaik selagi mana bergelar status pelajar tu..

azuani kawen dah..dalam akhir bulan 12 thn lepas. kawen ng rahimah. bini dia pon dah pregnant 4bulan. susah kot nak kbo ke mung.maklum la azuani bukannya aktif nak emel2 nie..

Citer zaman sekolah????citer pe ek??…Ermmm… bila teringat balik zaman sekolah memang best… macam2 ada.. windu nak jumpa geng lama…

nak jumpa geng lama? biasalah nanti ada ruang mesti boleh berjumpa..

ape la ustaz ni..
kawen la cpt2..
calon kan ramai..
pilih je..
yang mana berkenan..

Leave a comment

Blog Stats

  • 132,807 hits

My Diary

March 2009
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031