Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Archive for March 2nd, 2009

love_heart2Cinta terlalu kompleks untuk ditafsirkan melalui kata-kata. Tetapi perasaan mampu mentafsirkan satu-satunya kalimah keramat ini. Terkadang perasaan ini memberikan penderitaan yang begitu melukakan, tetapi perasaan ini jugalah yang mampu memberikan kekuatan kepada insan. Dan yang pasti cinta akan terus memberi tanpa henti.

Cinta pertama berputik di hati Rasulullah s.a.w terhadap Saidatina Khadijah menjelaskan cinta sememangnya tidak berhenti memberi. Rasulullah dilamar Khadijah ketika mana baginda menjadi duta dagangannya ketika di usia mudanya. Sekalipun perbezaan usia mungkin menjadi nilaian oleh sebahagian mata, namun Rasulullah s.a.w mencintai Khadijah ikhlas hanya kerana Allah.

Oleh kerana cinta yang mendalam, pemergian isteri baginda Khadijah begitu memberikan kesan pada kehidupan baginda. Kesedihan sering bersama baginda sehinggakan isteri-isteri baginda yang lain cemburu melihat dalamnya cinta Rasulullah terhadap Khadijah.

Tetapi perasaan cinta akan terus memberi kasih sayang yang terbaik sekalipun Khadijah sudah tiada. Kerana terkenangkan Khadijah, Rasulullah selalu mengasihi anak-anak yatim dan selalu memberikan sedekah kepada anak-anak yatim untuk menyatakan kerinduan baginda kepada Khadijah.

Mungkin juga anda memahami cinta Rabiatul Adawiah yang agung. Kerinduan bertemu Allah SWT menjadikan dirinya memberikan sepenuh rasa cintanya di hamparan sejadah. Sehinggakan beliau sanggup mengetepikan keindahan dunia, dan memberikan cinta sucinya hanya untuk Allah. Cinta sejati tidak akan putus memberikan yang terbaik untuk yang dicintainya. Terpulanglah kepada siapa yang dicintainya.

 

103642845458175-copyaiptek_pocketcinema_v10_sm

Bagi anda yang inginkan produk yang lain dari yang lain,Aiptek Pocket Cinema V10 ialah projektor sinema bersaiz kecil pertama di dunia yang kini berada di pasaran tempatan.Saiznya tidak lebih dari pada sebuah telefon bimbit berbentuk kandi bar,

Beratnya hanya 160 gram, dan peranti sekecil ini mampu memenuhi keperluan gaya hidup mobiliti untuk berhibur terutama apabila hendak berkongsi pengala man yang dirakam dalam gambar pegun atau video bersama rakan atau keluarga.

Antara lain kehebatannya boleh dihubungkan dengan pelbagai peranti lain termasuk iPod, kamera digital, kamkorder, telefon bimbit, konsol game seperti Nintendo Wii dan PS2.

V10 ini juga dilengkapi sistem storan terbina di dalamnya dengan saiz simpanan 1 Gigabait serta slot pembaca kad memori SD untuk membolehkan pengguna memainkan segera filem atau imej tanpa sambungan ke pemacu simpanan luaran. Dengan harga yang berpatutan ini sudah pasti anda tidak ragu-ragu untuk mendapatkannya.

Spesifikasi
PRODUK: Aiptek Pocket Cinema V10
HARGA: RM1,799
TEKNOLOGI PAPARAN: Liquid Crystal on Silicon
SUMBER CAHAYA: LED putih
PENCAHAYAAN: 10 lu men
RESOLUSI: 640 x 480 piksel
NISBAH ASPEK: 4:3
SAIZ IMEJ: 15 – 129sm
JARAK PAPARAN: 21 – 180sm
FORMAT FOTO: JPEG
FORMAT VIDEO: MPEG4, AVI, ASF, H.264
FORMAT AUDIO: MP3
DIMENSI: 12.5 x 5.5 x 2.3sm
BERAT: 100gm

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah setelah bersusah payah melaksanakan kerja, akhirnya tiba waktu rehat :). Hari ni saya ambil cuti rehat satu hari. Merebahkan diri dan melelapkan mata. Menjadi penyelaras Kursus Motivasi Teambuilding untuk pegawai-pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang seramai 42 orang sememangnya memberikan cabaran. Tetapi setelah 3 hari 2 malam bersama peserta, memberikan persepsi yang berbeza sebelum kursus ini berlangsung.

Semua aktiviti pun berlangsung dengan baik. Dan yang paling penting, peserta enjoy dan dapat pengisian yang sesuai dengan kedudukan dan jawatan mereka sebagai pegawai syariah, pegawai di bahagian bantuan guaman dan juga hakim.

Fuh..abis je kursus di PNB ilham Resort ni, masa dah nak bertolak balik ke Bangi, kereta pulak buat masalah susah nak hidup. Nasib baik la urusetia FP ade 4 orang, jadi boleh la mintak tolak..huhuhu (terima kasih kepada mereka yang menolak keretaku tempoh hari) Sampai je Bangi, terus kemas-kemas baju sebab aku sendiri kena menjadi peserta kursus Training Of Trainers (TOT) di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Penat bercampur letih.

So kelmarin baru la boleh balik rumah dan menikmati suasana rehat yang begitu aman di rumah hari ini. Sambil-sambil menulis di blog sendiri 🙂 Esok aku pasti kena kerja lagi..


Blog Stats

  • 128,849 hits

My Diary

March 2009
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031