Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Archive for March 2009

kg-imam-lapar-copy

Haa kalau korang yang tak tau dan nak tau, inilah salah satu kampung yang namanya pelik sikit. Kg. Imam Lapar. Terletak di Kuala Berang. Asal usul nama camtu tak dapat dipastikan. Tapi cuba tengok elok-elok, apa ralatnya gambar di atas?

Advertisements

Berkata Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a :

“Aku adalah manusia biasa dan aku bukanlah manusia yang terbaik di antara kamu. Apabila kamu semua melihat perbuatanku benar maka ikutilah aku tetapi apabila kamu melihat perbuatanku salah maka perbetulkanlah aku.” (Ucapan sewaktu dilantik menjadi khalifah)

“Semenjak aku masuk Islam belum pernah kukenyangkan perutku hanya kerana ingin merasakan segarnya beribadah dan belum pernah aku merasa puas minum kerana sangat rindunya aku terhadap Ilahi.”

“Orang yang cerdas ialah orang yang bertakwa. Orang yang dungu ialah orang yang derhaka. Orang yang dusta ialah orang yang khianat. Orang yang benar ialah orang yang dapat dipercayai.”

“Kami diuji dengan kesusahan maka kami sabar tetapi ketika diuji dengan kesenangan (kemewahan) hampir-hampir kami hilang sabar.”

“Manusia yang paling celaka ialah raja-raja. Kebanyakan mereka ketika berkuasa bersikap zuhud terhadap harta sendiri tetapi tamak kepada harta orang lain.”

dilemmaTiga orang pemuda yang berkawan baik sedang bersembang di sebuah restoran yang menjadi tempat utama mereka bertemu. Mereka ialah Asyraff, Jamal dan Ridhwan. Walaupun rumah mereka bertiga tidak jauh antara satu sama lain, tetapi masing-masing jarang bertemu.

Situasi pertama

Dalam perbualan mereka masing-masing mula menceritakan bagaimana cara untuk mereka membina masa depan mereka dengan lebih baik. Asyraff memulakan perbualan mereka dengan bercerita kepada Jamal dan Ridhwan tentang perniagaannya.

“Aku rasa aku mampu memperluaskan perniagaan aku sekarang. Tapi bila aku terfikirkan risiko kerugian yang mungkin berlaku, takut jugak aku. Yelah modal besar, kalau salah strategi boleh bankrap aku.” Kata Asyraff.

Betul tu Asyraff. Baik kau berniaga je kat kedai kau tu. Lagipun kau tak rugi apa-apa pun kalau kau terus je berniaga seperti sekarang.” Sampuk Jamal.

Situasi kedua

Ridhwan menceritakan tentang dilema yang dihadapinya kepada dua sahabatnya itu.

“Aku pulak tak tahu nak sambung belajar kat mana la! Aku sebenarnya suka bidang IT. Tapi family aku nak aku ambik medic. Peninglah nak buat keputusan. Pe pendapat korang?

Jamal: “Aku rasa baik kau ikut je cakap family kau. Yelah senang nanti kalau diorang sakit kau leh tolong.”

Asyraff:”Aku rasa baik kau tak payah sambung belajar. Kau berniaga macam aku je. Dapat duit sendiri. Lagi tak perlu susahkan family kau.”

Adakah anda sendiri sering mengalami situasi seperti ini? Sukar untuk membuat keputusan. Terutama bila terpaksa membuat pilihan. Terpaksa memikirkan baik dan buruk, positif dan negatif sebelum membuat keputusan yang tepat. Tip-tip ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu.

1. Perlu analisis masalah anda secara keseluruhan. Sama ada puncanya, sebabnya dan cara untuk    menyelesaikannya.

2. Kenal pasti apakah cara-cara yang boleh anda pilih untuk menyelesaikan masalah anda tersebut. Senaraikan semua cadangan yang boleh membantu. Jangan fikir ianya logik atau tidak.

3. Analisis dengan terperinci setiap pilihan kepada penyelesaian masalah anda. Jika anda berada    di tahap ini, perlu dikaji setiap baik dan buruk setiap cadangan anda.

4. Dan jika dari cadangan-cadangan anda tersebut, anda telah buat pilihan yang terbaik maka    jangan terus bertindak mengikut keputusan anda. Seeloknya tanyalah mereka yang lebih    mengetahui atau minta nasihat ahli keluarga yang mungkin boleh memberikan panduan untuk anda    menyelesaikannya berdasarkan pendapat dan buah fikiran anda.

5. Maka jika nasihat yang anda terima bertepatan dengan apa yang anda harapkan, jalan terakhir    mohonlah petunjuk keputusan itu dalam solat istikharah kerana Allah lebih mengetahui apa yang    terbaik untuk anda. Berdoalah agar Allah permudahkan segala permintaan anda dan minta    dikeluarkan dari masalah anda.

Kelmarin berkat kesabaran dan ketekunan semua warga kerja Fitrah Power (FP), buat pertama kalinya Program Didik Fitrah yang merupakan program pertama untuk sasaran pelajar telah berjaya dilaksanakan di Danau Golf Club, UKM. Dengan jumlah peserta seramai 26 orang, program ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Antara objektif utama yang ingin disampaikan dalam program ini ialah untuk membentuk keyakinan diri dan memberikan kaedah-kaedah pembelajaran yang tepat untuk para pelajar mula membina langkah untuk berjaya. Biasalah kan, pelajar-pelajar sekolah rendah ni kena rangsang sikit barulah diorang ada semangat.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Program Didik Fitrah ini, program seterusnya adalah sebagaimana berikut:

Tarikh  : 18 April 2009 (Sabtu)
Lokasi  : Danau Golf Club UKM
Masa     : 8.30 pagi – 5.30 petang (hanya satu hari sahaja)
Sasaran: Remaja berumur 13 – 17 tahun

Nak tengok aktiviti menarik dalam PDF yang lepas? Jom..

pdf2

pdf1

Terasa rugi kerana tidak dapat menyertai PDF? Jangan bimbang kerana anda masih berpeluang untuk menyertainya. Pendaftaran dibuka sekarang.

doaMembina kebahagiaan dalam hidup bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi sebuah kebahagiaan adalah sesuatu yang amat didambakan oleh setiap insan dalam dunia ini. Untuk mengecapi erti kebahagiaan dalam hidup sudah pasti menuntut usaha dan pengorbanan yang amat tinggi. Andai kebahagiaan dikecapi atas nilai usaha dan pengorbanan ini, sudah pasti kehidupan dirasakan begitu bermakna.

Kebahagiaan selalunya dikaitkan dengan kejayaan, sama ada kejayaan diri, kejayaan dalam kerjaya atau mungkin juga kejayaan dalam membina keluarga.

Namun kebahagiaan selalunya tidak akan hadir sebegitu mudah. Seringkali ujian akan tiba untuk menguji kesabaran dan ketabahan di atas usaha yang dilakukan. Kerana kebahagiaan selepas ujian sudah pasti lebih manis daripada kebahagian yang dikecapi tanpa diuji. Oleh kerana itu, sesekali ada juga insan yang gagal di pertengahan usahanya. Menghadapi ujian sebegini memerlukan doa sebagai pengiring. Doa yang memberikan kekuatan dalam diri. DOA yang menjadi benteng tambahan dalam memberikan ketabahan dalam menghadapi ujian hidup.

Manusia kadang-kadang menghadapi situasi yang sangat sukar dalam hidupnya hanya kerana betapa memikirkan bernilainya harga sebuah kebahagiaan. Dan kerana ini jugalah, doa amat diperlukan. Doa akan memberikan kuasa neutral dalam diri. Kuasa neutral yang akan mengimbangkan antasa usaha dan tawakal. Mintalah padaNy supaya Allah membantu kita membuka ruang yang seluas-luasnya dalam mengecapi kebahagiaan yang sama-sama kita inginkan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sudah dua hari tak dapat update blog. Tapi apakan daya, kadang-kadang masa kerja menuntut sehingga di luar waktu pejabat dan di luar kawasan opis. Itulah kerja sebagai konsultan nie. Malam kelmarin (23 Mac) terpaksa menggantikan Ustaz Shukri sebagai penceramah Maulidur Rasul di Masjid Ubudiah, Felda Jengka 10. Kebetulan ustaz kena menghadiri kursus selama tiga hari.

Yelah kalau sehari sebelum program bukan senang jugak nak cari pengganti kan? So aku pun pergi menggantikan ustaz bagi ceramah Maulidur Rasul. Berdebar sangat-sangat. Kali pertama nak cuba bercakap sebagai penceramah. Bukan sesuatu yang mudah. Pendekatan sebagai seorang fasilitator dan penceramah sedikit berbeza. So apa yang boleh aku katakan..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.

Dan yang paling best, bila bersama penduduk Felda Jengka 10 meraikan sambutan Maulud ni. Ada bacaan Al-Quran, nasyid kanak-kanak, ada bercerita dan juga nasyid untuk orang dewasa. Suka tengok-tengok program macam ni. Meriah pulak tu. Dan yang penting penduduk kat situ semuanya ramah-ramah dan sporting lah. Terima kasih kepada ketua kampung. En. Jantan Mat Saman, Tn. Hj. Sharif b. Saad yang memberikan penginapan dan juga kepada semua AJK Sambutan.

waktuSusah nak belajar? Tak cukup masa? Selalunya itulah yang selalu diutarakan oleh mereka yang bergelar pelajar baik di sekolah rendah, sekolah menengah atau pun yang dah bergelar siswa. Mereka tak dapat fokus kerana banyak kerja sekolah dan juga assignment yang banyak diberikan oleh guru dan pensyarah. Akhirnya study ‘last minute’ sebagai jalan terakhir mereka.

Satu perkara yang perlu diubah dari sekarang ialah ubah pembelajaran ‘last minute’. Tapi bagaimana? Jika anda banyak terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum atau mungkin juga sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah, amalkan pembelajaran 30 minit satu hari (ini adalah paling minimum yang anda boleh lakukan).

Sebagai pelajar anda sudah pasti mempunyai jadual belajar peribadi anda bukan? Cuma yang jadi masalahnya anda tidak dapat berikan masa untuk belajar walaupun anda sudah mempunyai jadual belajar peribadi. Jadi 30 minit adalah sangat sederhana untuk membuat ulangkaji. Jangan rasa 30 sangat sedikit, kerana 30 minit sehari yang konsisten amat memberikan impak yang besar kepada pelajaran anda. Berbanding anda belajar sehari 3 jam tetapi hanya sekali seminggu. Sudah pasti anda akan kembali lupa untuk mengingati pelajaran anda.

Tak susah bukan? Hanya 30 minit. Tapi jika tumpuan diberikan 30 minit ini sebaik mungkin, natijahnya jauh berbeza dari mereka yang tidak ‘study’. Selamat mencuba!


Blog Stats

  • 121,494 hits

My Diary

March 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031