Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Keikhlasan Seorang Suami

Posted on: February 19, 2009

Kisah ini saya dapat dari seorang sahabat melalui emel saya. Sekali baca rasa macam sebak pun ada. Teringin untuk berkongsi dengan anda semua. Hayatilah pengajaran dari secebis kisah ini.

Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang matayang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:

“Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita”, katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. “Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita.

Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia …”.Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. “Saya akan mulai dulu ya”, kata
isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat …

Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir … “Maaf,apakah saya harus berhenti ?” tanyanya. “Oh tidak,teruskan …” jawab suaminya.

Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,”Sekarang giliran abang membacakan senarai mu”. Dengan suara perlahan suaminya berkata, “Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang …”

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya..bahawa suaminya menerimanya apa adanya. Ia menunduk dan menangis …

Apa yang dapat anda katakan selepas memahami kisah ini?

4 Responses to "Keikhlasan Seorang Suami"

bukan senang menjadi suami yg soleh..

Ini menunjukkan bahawa isterinya selama ini tidak pernah ikhlas akan sifat kekurangan yang ada pada si suami. Ada kemungkinan besar juga, si isteri suka mengungkit perkara-perkara yang sudah berlalu. Manakala si suami sudah redha dengan segala sikap si isteri. Baik, buruk isterinya itu, si suami telah pun menerima dirinya dengan seikhlas hati.

Jika ada salah silap keatas salah satu pihak, ada baiknya diajak berbincang atau menegur dengan sifat kasih sayang. Bukan mengungkit atas segala keburukan yang ada pada si ‘dia’. Dan jika masing-masing ikhlas, perkara ungkit-mengungkit ini tidak akan timbul. Insya-ALLAH. (=

huhu..kalau la ada ramai lelaki seperti ini..
alangkah bahagianya hidup..

suami itu benar-benar menyintai si isteri tanpa melihat kepada keburukan atau kelemahan…. betapa agungnya cinta si suami yang menerima segalanya… Mungkin ada kelemahan pada isterinya namun segalanya terhapus oleh pandangan mata hati si suami yang bersih dan suci…alhamdulillah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 118,525 hits

My Diary

February 2009
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  
%d bloggers like this: