Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Restoran RFC

Posted on: February 18, 2009

frcAlhamdulillah kini pelbagai produk altenatif muncul di pasaran semata-mata untuk menjaga kesihatan orang muslim khususnya. Kalau sebelum ni mungkin ada di antara kita seolah-olah ragu untuk pergi ke KFC, kerana ragu-ragu dengan penyembelihan ayamnya, lebih-lebih lagi di musim boikot sekarang ni sedikit sebanyak menjejaskan selera mereka yang suka ayam goreng ni. Tapi sekarang jangan risau lagi. Restoran RFC adalah setanding dengan KFC yang anda inginkan. Jangan lupa untuk terus menyokong produk muslim. Baca artikel di bawah ini baru anda tahu potensi RFC.

 

Waktu Perniagaan RFC:
Dibuka 24 Jam Setiap Hari

Alamat:
Lot 95-97 Jalan Lagenda 1, Legenda Height,
Sungai Petani,Kedah Darul Aman (Sebelah Maybank Legenda Height)
No. Tel: 04-4254717

Berita RFC di Harian Metro (14 Februari 2009)

RADIX Fried Chicked (RFC) mensasarkan menjadi restoran makanan segera nombor satu di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang dengan pembukaan sekurang-kurangnya 20 cawangan restoran itu setahun mulai tahun ini.

RFC yang juga anak syarikat HPA Industries Sdn Bhd, peneraju syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera di negara ini yakin restoran makanan segera kendalian mereka akan diterima rakyat negara ini kerana menyajikan makanan berkhasiat.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad berkata, sejak RFC pertama di Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah dibuka pada pertengahan tahun lalu, ia menerima sambutan mengalakkan sehingga operasi restoran itu dilanjutkan kepada 24 jam sehari.“RFC adalah alternatif kepada pengemar makanan segera, tetapi mahukan makanan sihat kerana di restoran kami semua bahan digunakan adalah organik dan berasaskan herba.

“Di RFC, kami menggunakan ayam organik yang dijamin tidak diberikan sebarang suntikan hormon kerana ayam kami menggunakan makanan yang diproses sendiri menggunakan bahan herba seperti daun mambu dan sebagainya.

“Bahan lain di RFC juga dihasilkan HPA seperti rempah berherba, sos tanpa bahan pengawet dan minuman berkarbonat jenama Radix yang tidak menggunakan gula sebarangan dan tidak berbahaya kepada kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bisnes Metro selepas pelancaran RFC cawangan kedua di Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Star, yang dirasmikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, minggu lalu.

Ismail berkata, HPA mensasar membuka 20 lagi RFC di seluruh negara dengan cawangan Kepala Batas, Pulau Pinang; Kangar (Perlis) dan Bandar Laguna, Sungai Petani akan dibuka bulan depan.

Menurutnya, cawangan lain dalam pembinaan ialah Ipoh, Perak; Kulim, Kedah; Kuantan, Pahang; Kota Bahru, Kelantan dan Petaling Jaya, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam di Selangor pula selepas itu.

“Pada masa ini, ada RFC yang dibina di atas pelaburan HPA dan ada berkonsepkan perkongsian sistem mudharabah antara RFC dengan pemodal dengan setiap pelaburan untuk sesebuah RFC ialah sebanyak RM1.5 juta,” katanya.

Mengikut sistem itu, RFC bertindak sebagai pihak yang mengurus modal dan pentadbiran manakala pemodal bertindak sebagai penyumbang modal saja dengan nisbah keuntungan yang ditawarkan adalah 50: 50 antara HPA dan pemodal.

Mengenai RFC kedua di Alor Star yang menggunakan warna kekuningan, Ismail berkata, ia menjadi warna korporat RFC mulai sekarang selepas merah yang digunakan pada cawangan pertama di Sungai Petani.

2 Responses to "Restoran RFC"

assalamualaikum………

sy nk keterangan lnjut untk mnjd francais untk radix fc.kalau bleh sertakan cotation modal keseluruhan.sy ada modal 700 000 ada kah ckup

nak buka restoran radix fried chicken bukan sekadar perlukan modal tetapi juga memerlukan sijil pengiktirafan dari Institut Teknologi HPA. Untuk info rujuk http://hpa.com.my/09/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 118,525 hits

My Diary

February 2009
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  
%d bloggers like this: