Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Jangan Ketepikan Keluarga

Posted on: February 6, 2009

Sebagai insan tak kan terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Kerana itulah kelemahan yang ketara dalam diri manusia. Kekadang banyak perkara yang dihadapi dalam hidup anda memerlukan anda memberikan keputusan yang mungkin perlu difikirkan sedalam-dalamnya. Seperti masalah yang mungkin melibatkan ahli keluarga seperti memilih pasangan, pertunangan dan perkahwinan. Sememangnya itulah yang perlu dilakukan.

Tetapi adakalanya anda boleh memberikan keputusan anda secara individu dalam permasalahan yang anda alami, dan ada situasinya keputusan individu tidak menjamin bahawa itu adalah keputusan yang betul. Mengapa? Kerana anda memerlukan nasihat dan panduan pengalaman orang lain untuk situasi yang anda alami. Nasihat mereka yang terlebih dahulu makan garam daripada anda. Mereka yang pernah mengalami keperitan hidup lebih dahulu daripada anda.

Ayah, ibu, adik beradik dan ahli keluarga adalah orang yang paling dekat dan berhak untuk anda bertanyakan apa jua masalah yang mungkin anda alami. Terutama masalah anda anda belum pernah laluinya sepanjang hidup anda. Jangan sekali-sekali memutuskan keputusan sendiri terhadap perkara yang belum pernah anda alami. Sekalipun anda tahu apa yang mungkin anda lakukan terhadap situasi anda, tetapi bertanyakan pendapat ahli keluarga akan memberikan keputusan yang lebih baik dan tepat.

Hari ini anak-anak muda merasakan mereka sudah terlalu dewasa untuk menghadapi kehidupan, sehinggakan mereka mengetepikan ahli keluarga dalam membuat keputusan. Mereka sebenarnya hanya berfikir dalam lingkungan pemikiran mereka sahaja. Lebih-lebih lagi dalam soal pasangan dan jodoh. Oleh kerana itu juga, anak-anak muda hari ini sukar menerima pandangan orang lain kerana dari zaman mereka kecil mereka sudah membuat keputusan sendiri. Mereka akan mudah melenting bila ditegur oleh ahli keluarga sendiri.

Anda boleh bertindak untuk melakukan keputusan untuk anda sendiri. Tetapi bukan dalam semua keadaan. Dalam keadaan yang mungkin melibatkan anda dan keluarga, mintalah pandangan mereka. Akui kesilapan keputusan diri dan teruskan dengan keputusan keluarga. Fikirkan apa yang saya tuliskan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 118,525 hits

My Diary

February 2009
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  
%d bloggers like this: