Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Archive for January 2009

lata1Teringat kampung halaman la. Semalam sambil surf internet kat ofis..tetiba terjumpa la Hutan Lipur Lata Belatan. Terus mengimbau nostalgia lama-lama dulu. Lata Belatan ni terletak di Kampung Kuala Kubang, Jabi. Di kampung ni lah tempat lahirku. Tapi rumah atuk la. Tak jauh pun dalam lebih kurang 1.5km jer dari kampung. Sangat jauh berbeza berbanding dulu. Sekarang dah cantik dah. tak cam dulu. pengunjung pun dah ramai.

 

Lata Belatan ni terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu. Rasanya ni lah gunung yang tertinggi di Terengganu. Cubalah lata2ke sini. Kemudahan resort, surau dan kawasan perkhemahan disediakan. Pelbagai jenis spesies flora dan fauna yang jarang kita lihat sebelum ini terdapat disini. Bagi pengunjung yang inginkan aktiviti mencabar, satu denai hutan disediakan menuju ke puncak Gunung Tebu sesuai untuk memulakan pendakian dari sini. Air terjun ni memang nampak klasik sikit berbanding air terjun di tempat lain. Rasanya dalam 5 tahun kebelakangan ini barulah dibangunkan dengan serius.

  lata3Cubalah ke sini kalau berpeluang. Menikmati air jernih yang sangat sejuk. Sesuai untuk anak-anak sebab kawasan untuk mandi landai dan kurang berbatu. Kalau nak ‘adventure’ sket, anak-anak muda leh la naik ke sebelah atas air terjun ni. Jaraknya terletak 24 km dari Pekan Jertih melalui Jalanraya Kuala Terengganu-Jertih, 118 km dari Kuala Terengganu. Nak datang dengan kereta atau bas atau ekpedisi berbasikal ke, terpulanglah pada anda semua.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

palestin2

 

Dalam seminggu ini rasa panas dan merah telinga kita mendengar berita kekejaman Israel laknatullah terhadap umat Islam di Palestin di Gaza. Begitulah juga dengan merahnya mata menangisi kematian demi kematian insan yang tidak berdosa mati di bawah kuasa kezaliman Israel. Inilah satu-satunya penjenayah dunia yang begitu licik menjalankan tipu daya sehingga kini belum berhenti melakukan kezaliman.

Padahnya darah umat Islam terus tertumpah di muka bumi. Kenapa ‘binatang’ Israel ini begitu kejam? Hanya kerana ingin menjadikan kerajaan Yahudi kononnya di atas muka bumi Palestin tetapi menjadikan umat Islam Gaza sebagai mangsa korban kezalimannya. Mengapa di akhir zaman ini Allah SWT tidak menurunkan bala kepada mereka? Mengapa Allah SWT tidak terus menghancurkan mereka sedangkan Allah SWT sudah tentu dan pasti mampu mengalahkan  Israel hanya sekelip mata.

Sama ada sedar atau tidak, sebenarnya ada hikmah di sebalik semua ini. Jika mungkin di zaman Rasulullah s.a.w Allah SWT segera menurunkan azab bagi mereka yang melawan umat Islam kerana pada masa itu umat Islam tidak seramai hari ini. Tetapi dalam abad ini, dalam jumlah umat Islam yang menjadi umat teramai di dunia hanya mampu melihat saudara-saudara kita di Palestin menjadikan tubuh mereka sebagai perisai peluru berpandu yang dilancarkan Yahudi ini. Sepatutnya di hari ini umat Islam perlu membantu umat Islam sendiri. Bukan hanya melihat kekejaman mereka terus berlaku dan membiarkan mimpi ngeri umat Palestin menjadi mainan tidur mereka.

Penjenayah ini perlu ditangkap. Berdoalah agar Israel menerima azab Allah. Boikotlah segala produk Yahudi yang selama ini tanpa sedar setiap hari kita memberikan saham kepada mereka dengan barangan keperluan harian kita. Inilah masanya dan inilah sebahagian usaha kita menangkap penjenayah dunia ini. “Allahumma alaika Israel wal Yahudi.” Amin.

 menangisAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Mengapa menangis? Pelik kan! Tapi menangislah cara paling mudah bila keadaan diri menjadi begitu tertekan dengan pelbagai masalah yang mungkin ditanggung. Dengan masalah kerja, peribadi, masalah keluarga, dan juga masalah teman-teman yang sedikit sebanyak bermain di benak kita. Menangislah..jangan biarkan emosi anda terus tertahan begitu sahaja. Mengikut kajian perempuan kurang mengalami stres berbanding lelaki walaupun hakikatnya waktu kerja perempuan 24jam sehari termasuk overtime sebagai suri rumah tangga. Tapi kenapa lelaki begitu banyak mengalami stres?

Perempuan diberikan hati yang lembut oleh Allah SWT dan mudah menangis. Menangis dapat melepaskan perasaan yang mungkin tidak dapat ditahan lagi. Menangis adalah cara melontarkan emosi tanpa perlu skrip untuk diceritakan kepada mereka yang mungkin boleh menjadi pendengar rintihan kita. Tetapi lelaki kebanyakkannya memendam perasaan walaupun hakikatnya pelbagai masalah begitu menekan diri. Tempoh memendam perasaan yang agak lama akan menyebabkan perubahan sikap yang ketara seperti mudah marah dan panas baran serta sensitif.

Lelaki juga sebenarnya terlalu menjaga kelelakiannya sehingga takut untuk menitiskan airmata. Takut dikata tidak ‘macho’. Tapi cubalah anda lihat dalam drama Korea dan Jepun, walaupun kacak dan macho tapi hero mereka tetap menitiskan airmata :). Tapi bukanlah situasi begini yang ingin saya gambarkan. Walau siapa pun anda, menangislah jika tiada teman yang mungkin boleh mendengar masalah anda.

 

syeikh-mansour1

abramovich2lakshmi-mittal

Lebih kurang tiga tahun yang lepas kelihatan Roman Abramovich adalah nama yang begitu dikenali di EPL Liga Bola Sepak Inggeris apabila melaburkan kekayaannya dengan membeli kelab Chelsea yang merupakan antara kelab bola sepak yang kuat di England. Namun dalam majalah FourFourTwo, majalah sukan popular di England melaporkan bahawa Roman kini telah jatuh ke tangga ketiga apabila jutawan arab, Syeikh Mansour Zayed Al-Nahyan telah merampas kedudukannya di ranking pertama. Syeikh Mansour telah melaburkan kekayaannya dengan membeli kelab Manchester City bermula pada tahun 2008.

Syeikh Mansour berusia 38 tahun itu, yang berasal dari Abu Dhabi memiliki harta kekayaan bernilai 15 bilion pound
Kekayaannya tersebut dua kali lebih banyak dari Abramovich, 42 tahun, asal Russia, yang turun dari posisi pertama ke tempat ketiga dengan kekayaan hanya tujuh bilion pound. Laskhmi Mital merupakan jutawan baru India telah mengambil ranking kedua dengan kekayaan sebanyak 12.5 bilion.

Ni salah satu destinasi perlancongan yang ada kelainan di New Zealand. Tengoklah sendiri.

whakarewarewa1

 whakarewarewa21

History of Whakarewarewa

Te Whakarewarewatanga O Te Ope Taua A Wahiao’
Meaning “The uprising of the warriors (war party) of Wahiao”

We the people of Tuhourangi – Ngati Wahiao (a Maori family tribe) have lived in and around the geothermal activity of Whakarewarewa for over 200 years.

An opportunity arose in 1997 for the people of Tuhourangi/ Ngati Wahiao to begin an independent tourism experience through the living village of Whakarewarewa.

The Whakarewarewa Thermal Village Tours began in 1998 under the umbrella of the Whakarewarewa Village Charitable Trust.

The village experience is not ‘owned’ by any particular organisation or individual rather it is a way of life, a legacy passed down through the generations which continues today.

The land upon which the tours are guided belong to many numerous family groups, who generously allow visitors to participate in their communal lifestyle incorporating Maori culture and traditions.

The people of this area have been hosting visitors and welcoming guests into their homes since the early 1800’s. The Tuhourangi/Ngati Wahiao people have a proud heritage which they have shared with visitors from around the world.

The Whakarewarewa Thermal Village Tours continues to grow in strength with profits gained through this enterprise supporting growth within the village environment.

The people of Tuhourangi/Ngati Wahiao have always been leaders in the tourism industry. It is our goal to continue in the footsteps of our ancestors

Source: http://www.whakarewarewa.com

afiq

Semalam dah mula sesi persekolahan untuk sesi 2009, adik aku Muhammad Syafiq Ikhwan pun dah mula masuk prasekolah walaupun baru 4 tahun. Suka sangatlah dia dapat masuk prasekolah. Hari pertama sekolah memang seronok sangat bercerita. Dari A sampai Z lah berceritanya. Nasiblah aku dah masuk kerja, kalau tak teringin jugak nak amik gambar Afiq kat prasekolah. Satu soalan yang wajib aku tanya kat Afiq, “Kat sekolah Afiq makan apa? Afiq jawab, “Makan karipap je, lepas tu makan roti bakar” 🙂 Biasalah budak-budak dan makan memang tak boleh dipisahkan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bagaimana menjadi pekerja wajib? Jika yang pertama, anda mula memahami bentuk-bentuk kemahiran yang perlu anda kuasai, sebenarnya itu belum cukup untuk meletakkan status anda sebagai seorang pekerja yang benar-benar diperlukan di organisasi anda.

interpersonal

Tip [2] Membina Komunikasi Berkesan

Anda bukan sahaja perlu mahir dalam bidang tugas yang pegang ketika ini, tetapi anda juga perlu tahu berkomunikasi dengan orang lain. Dengan kata lainnya anda hebat dalam berkomunikasi dengan sesiapa sahaja anda berhadapan. Jika anda mungkin hanya seorang despatch atau mungkin anda hanya seorang kerani atau mungkin juga anda hanya seorang pengawal keselamatan atau pemandu, jangan anda merendahkan diri bahawa anda tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Berapa ramai di luar sana mereka yang berjawatan rendah tetapi begitu akrab hubungannya dengan bos dan orang sekeliling.

Dan jika anda mungkin seorang bos atau mungkin juga anda seorang pegawai atau ceo, jangan anda meletakkan bahawa anda mampu mempengaruhi orang lain dengan cara anda berkomunikasi dengan orang lain. Berapa ramai realitinya, bos yang hanya ditakuti oleh staf di bawahnya bukan dihormati dan disegani.

Komunikasi yang berkesan dan baik sudah pasti akan membina hubungan yang harmoni, tanpa mengira siapa pun anda, apa jawatan anda, berapa umur anda. Lebih-lebih lagi dalam situasi bekerja yang sudah pasti banyak melibatkan diri anda dan orang lain. Satu cara mudah untuk anda meneliti adakah anda seorang yang hebat dalam komunikasi, adakah orang di sekeliling anda senang apabila berkomunikasi dengan anda? Jika ya, tahniah anda sememangnya memenuhi kriteria kedua untuk menjadi pekerja wajib. Tetapi jika tidak, anda boleh mula mencari di mana silap anda ketika berkomunikasi dengan anda? mengapa orang meluat bila anda bercakap? mengapa ada yang merajuk dan sedih apabila anda berkata-kata?

Betapa besarnya kuasa komunikasi! Komunikasi yang berkesan akan menyebabkan anda disenangi rakan-rakan sekerja dan mendapat kepercayaan dari bos anda. Apabila anda membahagiakan orang lain dengan cara anda berkomunikasi maka jangan rasa hairan apabila ketiadaan anda begitu dirasai oleh orang lain. Dan apabila situasi ini berlaku, ternya anda adalah seorang pekerja wajib.

Khamis yang lepas, lepas dapat tahu yang mak mungkin suspek chikumunya aku pun bawalah mak ke klinik swasta memandangkan mak nampak makin teruk dengan sakit sendi. Sakit sendi mak memang susah nak gerak. Tapi 1hb Jan kan tahun baru cuti umum. Semua klinik swasta tutup. Nak tak nak terus bawa mak ke Hospital Raub memandangkan dah pergi ke Raub. Tu pun hanya bahagian kecemasan je yang buka. Rupanya bila sampai di Hopital Raub ramai jugak yang kena demam macam mak. Suspek chikunguya jugak rasanya. Tapi ramai yang kena ramai dari golongan yang dah 40 tahun ke atas.

Sampai je terus ke kaunter pendaftaran untuk register nama mak. Bila tengok keadaan mak, pihak hospital kategorikan mak pesakit separa kritikal. Dalam lebih kurang setengah jam jugak menunggu barulah mak dipanggil masuk. Bila dipanggil masuk, pegawai perubatan yang bertugas pun terus ambil suhu badan mak.Masa tu muka mak memang merah sangat. Lepas dicek, suhu badan mak naik sampai 39.5C. Patutlah muka mak merah sangat.

Pegawai perubatan yang bertugas terus ambil darah mak dan masukkan air untuk redakan panas badan.
Lepas hampir 3 jam tunggu mak, panas mak pun nampak berkurangan dan mak dibenarkan keluar.
Mak sebenarnya lebih selesa ditahan di hospital. Yelah kalau sakit di hospital, tak sama situasinya dengan di rumah kan. Alhamdulillah pegawai perubatan cakap darah mak bebas dari tanda-tanda denggi dan chikumuya tapi mungkin jugak kena jangkitan kuman ditambah pulak dengan antibodi mak yang tak kuat, tu yang buat mak jadi demam dengan sakit-sakit sendi. Mak cuma diberikan antibiotik dan paracetamol. Tapi alhamdulillah lepas makan antibiotik ni mak dah mula nampak berpeluh dan hilang panas badan. Syukur 🙂

Tags:

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

employee

Agak-agaknya anda boleh jawab tak soalan ni? Bukan senang untuk menjadi seorang pekerja yang bertaraf wajib. Pekerja wajib bermaksud anda benar-benar diperlukan di dalam organisasi anda. Kewujudan anda juga disenangi oleh rakan-rakan sepejabat dengan anda. Bos anda pula amat senang untuk berbincang dan meminta pendangan dan idea dari anda. Dan ketiadaan anda akan menyebabkan semua orang di sekeliling anda mula merasai kehilangan anda. Inilah persoalan yang perlu kita sama-sama tanya pada diri kita.

Ramai orang bekerja. Tapi bukan senang untuk menjadi seorang yang mempunyai karektor-karektor di atas. Dengan kata lain anda ‘confirm’ diperlukan di organisasi anda. Namun anda jangan rasa rendah diri sekiranya anda masih belum mencapai tahap pekerja wajib. Sebab anda dan juga saya mempunyai peluang untuk menjawat status pekerja wajib. Tapi bagaimana?

 

[Tip 1] Pertingkatkan Kemahiran

Tidak dapat tidak inilah yang menjadi kunci utama untuk anda menjadi seorang pekerja wajib. Anda mempunyai kemahiran dalam bidang dan tugasan yang anda ceburi. Anda juga profesional dengan ‘position’ jawatan yang anda sandar sekarang. Untuk lebih cepat menjadi pekerja wajib, anda juga perlu lengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran sampingan. Apa sahaja kemahiran sampingan yang mungkin berkaitan dengan kerja anda, jangan biarkan begitu sahaja. Anda perlu belajar dan belajar untuk menguasai ilmu sampingan yang akan membantu anda menjadi pekerja wajib.

Contohnya jika anda seorang pegawai di mana-mana organisasi sekalipun, sudah tentu ada beberapa ilmu sampingan yang perlu anda kuasai. Tidak dapat tidak anda mesti tahu mempengaruhi dan mengurus hal-hal berkaitan dengan bidang kerja anda. Anda juga mesti mahir dalam menggunakan komputer dan IT kerana ini semua akan mengangkat status anda secara tidak langsung. Anda juga mesti tahu ilmu komunikasi yang berkesan untuk memberi arahan kepada anak-anak buah anda. Fikirkanlah adakah anda menguasai kemahiran-kemahiran ini? Jika tidak, jangan mula menjatuhkan potensi anda untuk menjadi pekerja wajib.


Blog Stats

  • 128,600 hits

My Diary

January 2009
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031