Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Archive for January 23rd, 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

palestinian1kh-copy

Kita masih lagi dalam dalam kesedihan dan kehibaan terhadap mangsa-mangsa di Gaza, namun bila teringatkan kanak-kanak yang menjadi mangsa bedilan peluru zionis kejam tersebut, sebenarnya terdapat kelebihan di sisi mereka jika dibandingkan dengan anak-anak di Malaysia yang sebaya mereka.

1. Anak kita terlalu sentimental

Anak-anak Malaysia hari ini terlalu susah untuk diberi teguran. Tegur anak sendiri pun seakan-akan tegur anak orang. Tersalah tegur dikatakan ibubapa garang dan tidak menyayangi mereka. Tetapi anak Palestin jiwa mereka tabah. Mereka begitu menghargai kasih sayang bersama keluarga. Mereka sanggup berkorban nyawa untuk mempertahankan keluarga mereka dari kekejaman musuh.


2. Anak kita terlalu mewah

Tak perlu dinafikan anak-anak kita hari ini terlalu mewah dengan harta benda dan kemudahan sosial. Sebab itu sentimen mereka seakan tiada rasa sensitif terhadap kesusahan orang lain kerana mereka tidak pernah merasai kesusahan. Anak Palestin juga mewah. Tetapi mereka mewah dengan kesusahan sehinggakan mereka tidak pernah mencipta ruang-ruang pembaziran kerana mereka bersyukur dengan setiap detik yang dianugerahi Allah.

3. Anak kita lemas hiburan

Media massa begitu banyak memberikan bius hiburan kepada anak-anak kita. Jangan hairan jika mereka lemas dalam suasana cintakan artis dan hiburan semata-mata. Tapi anak Palestin lemas dalam desakan musuh yang terus menerus menghentam mereka. Sebab itu akidah mereka kuat. Kepercayaan mereka pada Allah semakin padu.

4. Anak kita anak merdeka

Anak-anak kita hanya tahu melaungkan merdeka tetapi tiada nada perjuangan dalam dirinya. Kemerdekaan telah membuatkan mereka hanya tidak akan mampu mempertahankan agama dan bangsa mereka. Tetapi anak Palestin, anak berjiwa pejuang. Terus mempertahankan hak mereka dan memperjuangkan kebebasan untuk bangsa dan agama mereka.

5. Anak kita IQ hebat

Anak kita memang hebat IQnya, kerana negara kita memang pentingkan pelajaran. Tapi anak kita gersang emosinya, lemah spiritualnya. Tetapi anak Palestin walaupn IQ mereka mungkin tak sehebat kita tapi emosi mereka kuat dan ketabahan mereka telah membuatkan kita terpanggil untuk terus membela mereka sehingga hari ini. Itulah anak Palestin.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sejak akhir-akhir ni banyak perkara menekan minda dan emosi diri sendiri. Kadang-kadang terfikir, dah penat nak fikirkan apa yang perlu dibuat,  apa tindakan yang perlu diambil. Inilah kehidupan insan. Kesedihan dan kegembiraan bertukar ganti. Bila banyak kesedihan yang menimpa, perasaan akan lemah dan mudah membuat pelbagai andaian yang mungkin tak pernah terlintas. Termenung dan berfikir mengapa sebenarnya ramai insan kecundang dengan ujian, mengapa ramai manusia rebah walau hanya menerima sedikit ujian.

Bagi yang mungkin hanya memahami sabar dari sudut kalimah belum cukup kuat untuk menghadapi ujian dengan hanya melafazkan sabar sedangkan hati meronta-ronta tidak dapat menerima apa yang berlaku. Sabar bukan mudah untuk diterjemahkan dalam kehidupan. Sebab itu ramai yang kecundang dan kalah dengan ujian. Sebenarnya sabar ialah kita menerima apa jua ketentuan yang Allah dah takdirkan untuk hidup kita. Bayangkan, memadai ke kalau hanya menyebut sabar di bibir sedangkan hati belum cukup kuat menerima ujian Allah ke atas diri sendiri. Jadi tak hairanlah mengapa Allah dah berjanji bahawa Dia akan bersama orang-orang yang sabar berdasarkan firmannya:

al-baqarah

Jelas sekali mengapa Allah SWT sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Orang-orang yang sabar akan meletakkan Allah SWT sebagai penentu kepada segala yang telah berlaku kepada dirinya. Bagi diriku sendiri, mudah-mudahan Dia akan memberikan kekuatan untuk hamba-Nya ini menempuh apa jua yang telah ditentukan. Sehebat mana pun manusia melontarkan kata-kata untuk memotivasikan orang lain, tetapi belum tentu mampu menghadapinya jika berlaku pada diri sendiri. “Ya Allah..berikanlah kekuatan dan semangat untuk diriku melakukan yang terbaik untuk hidup ini.”


Blog Stats

  • 128,849 hits

My Diary

January 2009
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031