Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Tip 2: Bagaimana Menjadi Pekerja Wajib?

Posted on: January 5, 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bagaimana menjadi pekerja wajib? Jika yang pertama, anda mula memahami bentuk-bentuk kemahiran yang perlu anda kuasai, sebenarnya itu belum cukup untuk meletakkan status anda sebagai seorang pekerja yang benar-benar diperlukan di organisasi anda.

interpersonal

Tip [2] Membina Komunikasi Berkesan

Anda bukan sahaja perlu mahir dalam bidang tugas yang pegang ketika ini, tetapi anda juga perlu tahu berkomunikasi dengan orang lain. Dengan kata lainnya anda hebat dalam berkomunikasi dengan sesiapa sahaja anda berhadapan. Jika anda mungkin hanya seorang despatch atau mungkin anda hanya seorang kerani atau mungkin juga anda hanya seorang pengawal keselamatan atau pemandu, jangan anda merendahkan diri bahawa anda tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Berapa ramai di luar sana mereka yang berjawatan rendah tetapi begitu akrab hubungannya dengan bos dan orang sekeliling.

Dan jika anda mungkin seorang bos atau mungkin juga anda seorang pegawai atau ceo, jangan anda meletakkan bahawa anda mampu mempengaruhi orang lain dengan cara anda berkomunikasi dengan orang lain. Berapa ramai realitinya, bos yang hanya ditakuti oleh staf di bawahnya bukan dihormati dan disegani.

Komunikasi yang berkesan dan baik sudah pasti akan membina hubungan yang harmoni, tanpa mengira siapa pun anda, apa jawatan anda, berapa umur anda. Lebih-lebih lagi dalam situasi bekerja yang sudah pasti banyak melibatkan diri anda dan orang lain. Satu cara mudah untuk anda meneliti adakah anda seorang yang hebat dalam komunikasi, adakah orang di sekeliling anda senang apabila berkomunikasi dengan anda? Jika ya, tahniah anda sememangnya memenuhi kriteria kedua untuk menjadi pekerja wajib. Tetapi jika tidak, anda boleh mula mencari di mana silap anda ketika berkomunikasi dengan anda? mengapa orang meluat bila anda bercakap? mengapa ada yang merajuk dan sedih apabila anda berkata-kata?

Betapa besarnya kuasa komunikasi! Komunikasi yang berkesan akan menyebabkan anda disenangi rakan-rakan sekerja dan mendapat kepercayaan dari bos anda. Apabila anda membahagiakan orang lain dengan cara anda berkomunikasi maka jangan rasa hairan apabila ketiadaan anda begitu dirasai oleh orang lain. Dan apabila situasi ini berlaku, ternya anda adalah seorang pekerja wajib.

3 Responses to "Tip 2: Bagaimana Menjadi Pekerja Wajib?"

Artikel yg bagus… saya bersetuju dengan penulis, komunikasi merupakan perkara paling penting yang perlu ada dalam diri seseorang, lebih-lebih lagi seandainya anda ingin menjadi pekerj wajib, ini kerana boleh dikatakan 75% masa kerja kita adalah dalam situasi berkomunikasi, seandainya anda tidak mempunyai kemahiran ini, ia hanya akan membazirkan masa, malahan ia boleh menimbulkan salah faham dan konflik yang merugikan. saya ingin menjadi pekerja waji dan saya percaya anda yang lain juga sama. justeru itu…Boleh saudara alongwairnazz share dengan k.mi bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan? dan Bagaimana nak bina ‘self confident’ semasa berkomunikasi?

insya Allah akan datang..

salam abg zam..

bagus blog abg ni..teruskan perjuangan & smga najah & sukses dlm bidang yg d ceburi..`afwan x smpt nak ckp lama ..ape pun, slmt hari lahir.

*SEMOGA ALLAH MEMBERIMU KEBAIKAN,
*MENUNJUKKANMU KE ARAH KEBAIKAN ,
*DAN KEPADA KEBAIKAN..

wslm..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 118,525 hits

My Diary

January 2009
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: