Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Mak Dah Makin Sihat

Posted on: January 5, 2009

Khamis yang lepas, lepas dapat tahu yang mak mungkin suspek chikumunya aku pun bawalah mak ke klinik swasta memandangkan mak nampak makin teruk dengan sakit sendi. Sakit sendi mak memang susah nak gerak. Tapi 1hb Jan kan tahun baru cuti umum. Semua klinik swasta tutup. Nak tak nak terus bawa mak ke Hospital Raub memandangkan dah pergi ke Raub. Tu pun hanya bahagian kecemasan je yang buka. Rupanya bila sampai di Hopital Raub ramai jugak yang kena demam macam mak. Suspek chikunguya jugak rasanya. Tapi ramai yang kena ramai dari golongan yang dah 40 tahun ke atas.

Sampai je terus ke kaunter pendaftaran untuk register nama mak. Bila tengok keadaan mak, pihak hospital kategorikan mak pesakit separa kritikal. Dalam lebih kurang setengah jam jugak menunggu barulah mak dipanggil masuk. Bila dipanggil masuk, pegawai perubatan yang bertugas pun terus ambil suhu badan mak.Masa tu muka mak memang merah sangat. Lepas dicek, suhu badan mak naik sampai 39.5C. Patutlah muka mak merah sangat.

Pegawai perubatan yang bertugas terus ambil darah mak dan masukkan air untuk redakan panas badan.
Lepas hampir 3 jam tunggu mak, panas mak pun nampak berkurangan dan mak dibenarkan keluar.
Mak sebenarnya lebih selesa ditahan di hospital. Yelah kalau sakit di hospital, tak sama situasinya dengan di rumah kan. Alhamdulillah pegawai perubatan cakap darah mak bebas dari tanda-tanda denggi dan chikumuya tapi mungkin jugak kena jangkitan kuman ditambah pulak dengan antibodi mak yang tak kuat, tu yang buat mak jadi demam dengan sakit-sakit sendi. Mak cuma diberikan antibiotik dan paracetamol. Tapi alhamdulillah lepas makan antibiotik ni mak dah mula nampak berpeluh dan hilang panas badan. Syukur🙂

Tags:

2 Responses to "Mak Dah Makin Sihat"

Alhamdulillah… biasalah orang tua memang selalu cam tu, ingatlah setiap kali kita berbakti kepada mereka sebenarnya untuk kebaikan kita sendiri dan merupakan antara sebaik-baik ibadat

Alhamdulillah… sme tu ujian nak uji kesabaran n menandakan Tuhan sayang mak alongwairnazz… Bersyukurlah sebab saudara masih berkesempatan tuk menghargai mak dengan jaga dia masa dia sakit.. hargailah dia masa dia ada ni.. teringat pula ana masa arwah hidup dulu..tapi alhamdulillah ana juga puas ati sebab sempat jaga dia masa dia sakit… Semoga mak along berambah sihat.. amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 118,525 hits

My Diary

January 2009
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: