Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Archive for January 5th, 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bagaimana menjadi pekerja wajib? Jika yang pertama, anda mula memahami bentuk-bentuk kemahiran yang perlu anda kuasai, sebenarnya itu belum cukup untuk meletakkan status anda sebagai seorang pekerja yang benar-benar diperlukan di organisasi anda.

interpersonal

Tip [2] Membina Komunikasi Berkesan

Anda bukan sahaja perlu mahir dalam bidang tugas yang pegang ketika ini, tetapi anda juga perlu tahu berkomunikasi dengan orang lain. Dengan kata lainnya anda hebat dalam berkomunikasi dengan sesiapa sahaja anda berhadapan. Jika anda mungkin hanya seorang despatch atau mungkin anda hanya seorang kerani atau mungkin juga anda hanya seorang pengawal keselamatan atau pemandu, jangan anda merendahkan diri bahawa anda tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Berapa ramai di luar sana mereka yang berjawatan rendah tetapi begitu akrab hubungannya dengan bos dan orang sekeliling.

Dan jika anda mungkin seorang bos atau mungkin juga anda seorang pegawai atau ceo, jangan anda meletakkan bahawa anda mampu mempengaruhi orang lain dengan cara anda berkomunikasi dengan orang lain. Berapa ramai realitinya, bos yang hanya ditakuti oleh staf di bawahnya bukan dihormati dan disegani.

Komunikasi yang berkesan dan baik sudah pasti akan membina hubungan yang harmoni, tanpa mengira siapa pun anda, apa jawatan anda, berapa umur anda. Lebih-lebih lagi dalam situasi bekerja yang sudah pasti banyak melibatkan diri anda dan orang lain. Satu cara mudah untuk anda meneliti adakah anda seorang yang hebat dalam komunikasi, adakah orang di sekeliling anda senang apabila berkomunikasi dengan anda? Jika ya, tahniah anda sememangnya memenuhi kriteria kedua untuk menjadi pekerja wajib. Tetapi jika tidak, anda boleh mula mencari di mana silap anda ketika berkomunikasi dengan anda? mengapa orang meluat bila anda bercakap? mengapa ada yang merajuk dan sedih apabila anda berkata-kata?

Betapa besarnya kuasa komunikasi! Komunikasi yang berkesan akan menyebabkan anda disenangi rakan-rakan sekerja dan mendapat kepercayaan dari bos anda. Apabila anda membahagiakan orang lain dengan cara anda berkomunikasi maka jangan rasa hairan apabila ketiadaan anda begitu dirasai oleh orang lain. Dan apabila situasi ini berlaku, ternya anda adalah seorang pekerja wajib.

Khamis yang lepas, lepas dapat tahu yang mak mungkin suspek chikumunya aku pun bawalah mak ke klinik swasta memandangkan mak nampak makin teruk dengan sakit sendi. Sakit sendi mak memang susah nak gerak. Tapi 1hb Jan kan tahun baru cuti umum. Semua klinik swasta tutup. Nak tak nak terus bawa mak ke Hospital Raub memandangkan dah pergi ke Raub. Tu pun hanya bahagian kecemasan je yang buka. Rupanya bila sampai di Hopital Raub ramai jugak yang kena demam macam mak. Suspek chikunguya jugak rasanya. Tapi ramai yang kena ramai dari golongan yang dah 40 tahun ke atas.

Sampai je terus ke kaunter pendaftaran untuk register nama mak. Bila tengok keadaan mak, pihak hospital kategorikan mak pesakit separa kritikal. Dalam lebih kurang setengah jam jugak menunggu barulah mak dipanggil masuk. Bila dipanggil masuk, pegawai perubatan yang bertugas pun terus ambil suhu badan mak.Masa tu muka mak memang merah sangat. Lepas dicek, suhu badan mak naik sampai 39.5C. Patutlah muka mak merah sangat.

Pegawai perubatan yang bertugas terus ambil darah mak dan masukkan air untuk redakan panas badan.
Lepas hampir 3 jam tunggu mak, panas mak pun nampak berkurangan dan mak dibenarkan keluar.
Mak sebenarnya lebih selesa ditahan di hospital. Yelah kalau sakit di hospital, tak sama situasinya dengan di rumah kan. Alhamdulillah pegawai perubatan cakap darah mak bebas dari tanda-tanda denggi dan chikumuya tapi mungkin jugak kena jangkitan kuman ditambah pulak dengan antibodi mak yang tak kuat, tu yang buat mak jadi demam dengan sakit-sakit sendi. Mak cuma diberikan antibiotik dan paracetamol. Tapi alhamdulillah lepas makan antibiotik ni mak dah mula nampak berpeluh dan hilang panas badan. Syukur 🙂

Tags:

Blog Stats

  • 128,849 hits

My Diary

January 2009
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031