Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Archive for January 2009

surat-khabar-terkecil-copy

surat-khabar-3-copysurat-khabar-2-copy

Alhamdulillah..kadang-kadang kegawatan ekonomi ada juga hikmahnya. Sebab bukan saja negara Islam yang mengalaminya bahkan negara Amerika laknatullah pun mengalami perkara yang sama. Dan mungkin juga lebih teruk berbanding negara lain. Jangan berhenti boikot. Palestin sudah lama dizalimi mereka! SAVE PALESTIN.

starbucks20logo

Starbucks berhentikan 6,700 pekerja, 300 premis ditutup

NEW YORK: Starbucks, rangkaian kedai kopi popular akan memberhentikan 6,700 pekerjanya serta menutup 300 rangkaian kedainya di seluruh dunia sebagai persediaan menghadapi kemelesetan ekonomi dunia. Sebelum ini, Starbucks mengumumkan mengenai langkah pengstrukturan besar-besarannya pada Julai depan selepas prestasi kewangan suku pertama perniagaannya tahun lalu jatuh sehingga 6 peratus.

Syarikat berkenaan mencatatkan keuntungan bersih bagi suku terakhir pada 28 Disember lalu kepada 69 peratus atau AS$64.3 juta daripada AS$ 208.1 juta pada tempoh sama 2007.

“Dalam keadaan kelemahan ekonomi global dan situasi pelanggan sekarang, Starbucks perlu mematuhi pelan perniagaan yang lebih baik iaitu menguatkan perniagaan dengan operasi lebih efisyen dan memantapkan nilai asas perniagaan serta jenama kami,” kata Howard Schultz, Pengerusi yang juga Ketua Eksekutif Starbucks.

Sehingga hujung tahun ini, syarikat berkenaan bercadang menutup kira-kira 300 premisnya di seluruh dunia, termasuk 200 di Amerika. Terbaru pada Julai lalu, Starbucks menutup 600 rangkaian kedainya di Amerika dengan lebih 11,000 hilang pekerjaan. – AFP

love

Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza. Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami. Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih, sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit.

Kasih..

Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.

Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.

Sayang..

Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.

Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.

Cinta..

Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.

Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.

Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alahai cuti 4 hari rasa sekejap sangat-sangat. Takut nak masuk kerja esok. Maklumlah kerja tak kehabisan. Namanya lagi pun kerja kan. Apa pun banyak kerja yang mesti disiapkan. Bulan Feb ni bakal berdepan banyak out station. So kena prepare la fizikal, mental dan emosi sekali. Proposal dan modul banyak sedang menanti untuk disiapkan.

Kepada warga Malasia yang berbangsa Cina, Gong Xi Fa Cai. Nak wish pun takde kawan berbangsa Cina. So kalau ada amoi-amoi yang singgah kat blog ni Selamat Tahun Baru Cina.

Tags: ,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

palestinian1kh-copy

Kita masih lagi dalam dalam kesedihan dan kehibaan terhadap mangsa-mangsa di Gaza, namun bila teringatkan kanak-kanak yang menjadi mangsa bedilan peluru zionis kejam tersebut, sebenarnya terdapat kelebihan di sisi mereka jika dibandingkan dengan anak-anak di Malaysia yang sebaya mereka.

1. Anak kita terlalu sentimental

Anak-anak Malaysia hari ini terlalu susah untuk diberi teguran. Tegur anak sendiri pun seakan-akan tegur anak orang. Tersalah tegur dikatakan ibubapa garang dan tidak menyayangi mereka. Tetapi anak Palestin jiwa mereka tabah. Mereka begitu menghargai kasih sayang bersama keluarga. Mereka sanggup berkorban nyawa untuk mempertahankan keluarga mereka dari kekejaman musuh.


2. Anak kita terlalu mewah

Tak perlu dinafikan anak-anak kita hari ini terlalu mewah dengan harta benda dan kemudahan sosial. Sebab itu sentimen mereka seakan tiada rasa sensitif terhadap kesusahan orang lain kerana mereka tidak pernah merasai kesusahan. Anak Palestin juga mewah. Tetapi mereka mewah dengan kesusahan sehinggakan mereka tidak pernah mencipta ruang-ruang pembaziran kerana mereka bersyukur dengan setiap detik yang dianugerahi Allah.

3. Anak kita lemas hiburan

Media massa begitu banyak memberikan bius hiburan kepada anak-anak kita. Jangan hairan jika mereka lemas dalam suasana cintakan artis dan hiburan semata-mata. Tapi anak Palestin lemas dalam desakan musuh yang terus menerus menghentam mereka. Sebab itu akidah mereka kuat. Kepercayaan mereka pada Allah semakin padu.

4. Anak kita anak merdeka

Anak-anak kita hanya tahu melaungkan merdeka tetapi tiada nada perjuangan dalam dirinya. Kemerdekaan telah membuatkan mereka hanya tidak akan mampu mempertahankan agama dan bangsa mereka. Tetapi anak Palestin, anak berjiwa pejuang. Terus mempertahankan hak mereka dan memperjuangkan kebebasan untuk bangsa dan agama mereka.

5. Anak kita IQ hebat

Anak kita memang hebat IQnya, kerana negara kita memang pentingkan pelajaran. Tapi anak kita gersang emosinya, lemah spiritualnya. Tetapi anak Palestin walaupn IQ mereka mungkin tak sehebat kita tapi emosi mereka kuat dan ketabahan mereka telah membuatkan kita terpanggil untuk terus membela mereka sehingga hari ini. Itulah anak Palestin.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sejak akhir-akhir ni banyak perkara menekan minda dan emosi diri sendiri. Kadang-kadang terfikir, dah penat nak fikirkan apa yang perlu dibuat,  apa tindakan yang perlu diambil. Inilah kehidupan insan. Kesedihan dan kegembiraan bertukar ganti. Bila banyak kesedihan yang menimpa, perasaan akan lemah dan mudah membuat pelbagai andaian yang mungkin tak pernah terlintas. Termenung dan berfikir mengapa sebenarnya ramai insan kecundang dengan ujian, mengapa ramai manusia rebah walau hanya menerima sedikit ujian.

Bagi yang mungkin hanya memahami sabar dari sudut kalimah belum cukup kuat untuk menghadapi ujian dengan hanya melafazkan sabar sedangkan hati meronta-ronta tidak dapat menerima apa yang berlaku. Sabar bukan mudah untuk diterjemahkan dalam kehidupan. Sebab itu ramai yang kecundang dan kalah dengan ujian. Sebenarnya sabar ialah kita menerima apa jua ketentuan yang Allah dah takdirkan untuk hidup kita. Bayangkan, memadai ke kalau hanya menyebut sabar di bibir sedangkan hati belum cukup kuat menerima ujian Allah ke atas diri sendiri. Jadi tak hairanlah mengapa Allah dah berjanji bahawa Dia akan bersama orang-orang yang sabar berdasarkan firmannya:

al-baqarah

Jelas sekali mengapa Allah SWT sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Orang-orang yang sabar akan meletakkan Allah SWT sebagai penentu kepada segala yang telah berlaku kepada dirinya. Bagi diriku sendiri, mudah-mudahan Dia akan memberikan kekuatan untuk hamba-Nya ini menempuh apa jua yang telah ditentukan. Sehebat mana pun manusia melontarkan kata-kata untuk memotivasikan orang lain, tetapi belum tentu mampu menghadapinya jika berlaku pada diri sendiri. “Ya Allah..berikanlah kekuatan dan semangat untuk diriku melakukan yang terbaik untuk hidup ini.”

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Semalam ketika saya dalam perjalanan dari rumah ke Bandar Baru Bangi, saya menerima mesej dari seorang sahabat karib, Wan Abdul Khalis di Kg. Bintang, Setiu. 

Mesejnya: “Salam, Al-Fatihah atas kembalinya abg saya yang disayangi Wan Baihaki B. Wan Ibrahim pada 7.45 malam tadi..Al-Fatihah.” Menurut Khalis arwah abangnya menghidap TB semasa hidupnya. Semoga ruhnya dicucuri rahmat. Dan sesiapa yang membaca blog ini marilah kita sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah.

Saya yang tengah memandu ketika itu, seakan terfikir sejenak bagaimanalah sekiranya nyawaku ketika itu diambil oleh Allah SWT. Terasa terlalu banyak lagi tanggungjawab yang tidak dilakukan sesempurna mungkin. Sebagai sahabat apa lagi yang boleh diberikan untuk penenang hati melainkan ucapan takziah dan juga rangkaian Fatihah untuk arwah. Sebagai insan, kehilangan insan yang tersayang begitu memberikan kesan kepada kehidupan. Lebih-lebih lagi ahli keluarga yang rapat, pemergiannya sudah tentu akan menimbulkan kesedihan dan rasa hiba. Namun apalah yang boleh dilakukan oleh kita sebagai hambaNya. Sudah pasti hanya perlu dilakukan ialah redha dan mendoakan agar ruh si mati beroleh kesenangan dan rahmat di alam barzakh.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Ikhlaskah kita? Itulah yang selalu terdetik dan terlintas di hati kita ketika kita melakukan sesuatu dalam hidup kita. Ikhlas tidak semudah menyebut dan mengeja perkataannya. Ikhlas tidak akan dapat diterjemahkan dengan hanya tulisan saya di laman ini. Keikhlasan terlalu rumit untuk diberikan tafsiran. Perkataan ikhlas yang keluar dari bibir mungkin nilaian sebenar kepada hati yang tulus ini.

Namun keikhlasan sebenarnya memberikan semangat dan kekuatan luar biasa kepada seseorang individu. Sama ada anda percaya atau tidak, anda fikirkanlah sendiri. Tanyalah hati masing-masing. Pernahkah anda terfikir bagaimana seorang ibu yang miskin dan dhaif, tetapi mampu membesarkan 12 orang anak-anaknya sehingga berjaya dengan cemerlang? Pernahkah anda bagaimana seorang ayah yang bekerja tanpa rehat dan menghiraukan kesihatan diri untuk mencari nafkah untuk keluarganya? Percayalah, rahsianya cuma IKHLAS.

Kerana keikhlasan seorang ibu, dirinya tidak pernah mengharapkan balasan daripada anak-anaknya apabila mereka telah berjaya. Dan kerana keikhlasan itu ayah bagaikan hilang keletihan dan kepenatan untuk terus memberikan yang terbaik untuk keluarganya. Hanya dengan ikhlas mampu memberikan anda kuasa di luar batasan akal manusia. Tanyalah diri kita masing-masing, jika sesuatu yang kita lihat berlaku tidak seperti yang sepatutnya, mengapa hanya menuding jari pada orang lain. Famili anda tak bahagia? Tanya diri adakah anda ikhlas menyayangi mereka? Anak-anak anda terlibat dengan gejala sosial, hitunglah hati anda adakah ikhlas dalam memberikan nafkah dan mendidik mereka. Keikhlasan yang sebenar dan cara yang betul akan memberikan kuasa untuk mengubah apa yang di luar kotak pemikiran anda. Insya Allah.

ibrahim-24-261

“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit” [Ibrahim 24-26]

Mengucapkan kata-kata yang baik amat dituntut dalam agama. Hanya dengan kata-kata yang boleh memperdamaikan 2 orang yang berbalah, meletakkan martabat diri lebih dihormati oleh orang lain dan juga boleh memberikan motivasi untuk orang lain. Sebenarnya tak susah untuk mencari ganjaran pahala yang baik di sisi Allah. Mengucapkan salam bila bertemu, mengucapkan takziah apabila melihat saudara-mara dan sahabat handai ditimpa masalah dan juga sentiasa lunak dengan zikir kepada Allah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

tolong1Tip 3 [Menawarkan pertolongan kepada orang lain] Seorang pekerja sudah pasti akan cuba untuk menyelesaikan tugasan atau kerja yang diterimanya secepat mungkin. Namun apabila tugasan kita telah disiapkan, adakah kita menewarkan diri untuk membantu rakan sekerja kita yang juga mungkin menerima tugasan yang sama banyak macam kita? Jarang sekali bukan. Apa yang selaluberlaku di hadapan mata kita, apabila tugasan kita dapat disiapkan lebih awal dari ‘due date’ yang dikehendaki, sudah tentu kita akan menghabiskan masa kononnya ambil masa rehat untuk diri sendiri, dan melihat rakan anda kelam kabut menyiapkan tugasan mereka yang belum selesai.

Bagi pekerja yang berstatus sederhana akan melakukan perkara sedemikian, tetapi tidak bagi pekerja yang berstatus pekerja wajib. Walaupun telah menyiapkan tugasan kerja lebih awal dari ‘due date’ yang dikehendaki, maka dengan senang hati akan menawarkan diri untuk membantu rakan-rakan yang lain dalam menyiapkan tugasan mereka. Pemikiran seorang pekerja wajib akan memandang bahawa membantu kerja orang lain akan dapat memberikan mereka ilmu baru di samping membantu rakan-rakan menyiapkan kerja tepat pada waktu yang dikehendaki.

Dalam satu ruang pejabat yang sama, anda mungkin menerima tugasan yang berbeza bukan? Dan mungkin juga tugasan yang diterima rakan anda tidak ada dalam pengetahuan anda. Maka dengan membantu rakan anda menyiapkan tugasan mereka secara positifnya telah memberikan anda ruang mempelajari ilmu baru dan menambah tahap kemahiran anda.


Blog Stats

  • 129,222 hits

My Diary

January 2009
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031