Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Idea Bukan Untuk Disimpan

Posted on: December 24, 2008

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ramai di antara kita selalu berkata, “Aku takde idea la..” atau “Idea aku tak kreatif..” Inilah antara ungkapan yang selalu disebut oleh kita. Sedar atau tidak sebenarnya kita sepatutnya jangan takut untuk mengeluarkan idea atau buah fikiran untuk sesuatu yang kita sedang lakukan. Jangan memikirkan idea kita akan diterima atau tidak kerana idea atau buah fikiran yang baik seharusnya perlu diketengahkan terlebih dahulu. Mempunyai idea tetapi takut untuk mengeluarkannya akan meletakkan pemikiran kita ke arah yang negatif dan menjatuhkan potensi yang kita ada.

Perkara yang selalu berlaku ialah kita sebenarnya mempunyai buah fikiran yang mungkin lebih baik tetapi kurang keyakinan telah membuatkan idea baik kita terbantut dan tidak menerima perkembangan yang sepatutnya. Adakah anda turut mengalami situasi seperti ini?

Banyak faktor yang menyebabkan situasi seperti ini berlaku, antaranya:

1. Anda seorang pekerja baru

Mungkin satu ketika, anda baru diterima bekerja di mana-mana organisasi. Tetapi dalam masa yang singkat anda terfikirkan banyak perubahan yang mungkin nampak di mata anda untuk organisasi. Namun status anda sebagai pekerja baru telah menutup anda untuk terus mengeluarkan idea yang mungkin amat berguna untuk perubahan dan tranformasi organisasi anda.

2. Takut dengan bos

Banyak juga di antara kita yang menghadapi situasi sebegini. Bos yang terlalu bersikap ‘bossy’ bukan mudah untuk kita menyuarakan pendapat walaupun kita amat pasti idea kita mampu memberikan kesan yang lebih baik. Dalam situasi begini suarakan pendapat anda kepada orang yang mungkin menjadi kepercayaan bos. Mungkin dia akan dapat menyuarakan buah fikiran anda yang hebat.

3. Terikat dengan kebiasaan

Bukan senang untuk merealisasikan buah fikiran anda kepada mereka yang sukar menerima perubahan dan terikat kepada kebiasaan. Walaupun anda seorang yang banyak idea namun sudah pasti kebiasaan akan menenggelamkan segala idea yang anda ada. Jangan mudah berputus asa. Apa yang penting idea anda bukan untuk disimpan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 118,525 hits

My Diary

December 2008
M T W T F S S
    Jan »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: