Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Archive for December 2008

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dalam pukul 10 pagi tadi abah telefon, bagitau mak kena tahan dekat wad klinik. Mak tetiba kena demam malam tadi. Abah cakap mak tak boleh bangun malam tadi. Lepas tu mak cakap ada rasa sengal-sengal tulang dan lemah badan. Abah cakap jugak ada tanda-tanda merah dekat kulit mak. Tapi sekarang ni buat sementara waktu mak kena tahan di wad klinik kat kampung dulu untuk ambil sampel darah. Abah cakap juga dua hari lepas ada sorang budak indon yang tinggal dekat dengan rumah kami tu kena denggi berdarah. Aku dah mula risau sekarang ni. Harap-harap semuanya oklah. Aku dah minta cuti emergency ngan bos aku. Memang kena balik tengok mak kalau teruk camni.

Sape-sape yang ada tanda-tanda cam kat bawah ni baik pergi klinik atau hospital cepat-cepat. Kemungkinan ada suspek denggi.

Denggi terbahagi kepada 2 kategori: Denggi klasik dan Denggi berdarah

* Orang dewasa akan mengalami sakit teruk pada bahagian sendi, tulang, otot dan mata. Kanak-kanak akan mengalami demam dan ruam sahaja.

* Jika pemeriksaan darah dijalankan ke atas pesakit didapati leukopenia (sel-sel putih kurang daripada 10,000/mm3) dan trombositopenia (platelet kurang daripada 100,000/mm3) berlaku.

*Denggi berdarah bermula dengan demam yang tinggi dan mengecut selama 2-7 hari. Demam ini diiringi dengan tanda dan gejala lain seperti sakit kepala, muntah, kurang selera makan dan sakit perut. Pada peringkat ini, jika demam terlalu tinggi, kanak-kanak boleh mengidapi sawan demam (febrile convulsions).

*Wujud tanda-tanda pendarahan yang paling kerap ialah ujian Hess’s positif (satu pemeriksaan klinikal yang boleh memberi maklumat apabila sel darah platelet berkurangan ), mudah lebam dan berlakunya pendarahan dari tempat suntikan, hidung, gusi dan usus. Apabila suhu badan menurun ke normal, pesakit boleh mendapat ruam petekia (pendarahan dalam kulit yang berbintik-bintik).

sumber: Persatuan Pediatrik Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah kemarin kita sama-sama menyambut Maal Hijrah 1430 yang menjadi tahun baru bagi kita. Apa yang membanggakan saya tokoh Maal Hijrah pada tahun ini adalah individu sepatutnya kita contohi untuk kebaikan kita bersama.

muftiperak
Nama : DATO’ SERI (DR.) HAJI HARUSSANI BIN HAJI ZAKARIA
Tempat Lahir : Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak
Tarikh Lahir : 8 April 1939
Tarikh Perkahwinan : 31 Julai, 1966
Nama Isteri : Datin Seri Hajjah Ainon binti Abdul Ghani
Bilangan Anak : 4 orang
Alamat : (Kediaman) 109, Jalan Abdul Hamik, Kg. Melayu, Sg. Rapat, 31350 Ipoh
Tel : 05-312 9118 (Jabatan)
Jabatan Mufti Negeri Perak, Tkt. 5, Kompleks Islam,
Jln. Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh
Tel : 05-242 4120 Faksimili : 05-241 9694

PENDIDIKAN
1960 – 1964 : Diploma Pendidikan, Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya Kolej Islam Malaya, Klang, Selangor
1959 – 1960 : Kuliah Al-Attas, Johor Bharu, Johor
1956 – 1959 : Sekolah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak
* Angklo Chinese School, Parit Buntar, Perak
* Sekolah Melayu Kg. Kedah, Parit Buntar, Perak

PERKHIDMATAN
1992 – Sekarang : Mufti Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Mufti Negeri Perak
1985 – 1992 : Mufti Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Agama Perak
1973 –1985 : Kadi Besar, Jabatan Agama Pulau Pinang
1970 – 1984 : Pensyarah Sambilan, Sekolah Latihan Pergigian Pulau Pinang
1968 – 1978 : Pensyarah Sambilan, Maktab Perguruan Persekutuan Gelugur, Pulau Pinang
1967 – 1973 : Kadi, Jabatan Agama Pulau Pinang
1964 – 1967 : Cawangan Khas, Kementerian Dalam Negeri

PENGLIBATAN MASYARAKAT
*Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak Darul Ridzuan (Oktober 2000 – sekarang)
* Pengerusi Jawatankusa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan
* Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam
* Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Teks Al-Quran (KDN – Timbalan Pengerusi)
* Ahlim Majlis Fatwa Kebangsaan
* Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak
* Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
* Ahli Lembaga Pengarah IDC Urus Ladang Sdn. Bhd. (Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak) 
   Perak Darul Ridzuan
* Ahli Lembaga Pengarah IDC Urus Niaga Sdn. Bhd. (Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak)
   Perak Darul Ridzuan
* Ahli Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
* Ahli Majlis Pengawasan Syariah Takaful Nasionl Sdn. Bhd.
* Yang DiPertua Persekutuan Seruan Islam Negeri Perak
* Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej UNISMA
* Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelaras Dakwah dan Pembelajaran Negeri
* Ahli Dewan Negara Negeri Perak
* Ahli Tetap Lembaga Pengarah Kolej Islam Darul Ridzuan
* Ahli Jawatankuasa Majlis Keutuhan Negeri Perak Darul Ridzuan

SUMBANGAN KEILMUAN
Persidangan / Seminar / Dialog

* Pesidangan Ulama’ Nusantara : Islam Di Alaf Baru : Menggaris Agenda Alaf Baru (26 November 1998)
* Seminar Pemindahan Ginjal dan Cabaran dan Kemajuan Yang Dihadapi Islam di Rantau Ini (6 – 8 Mei 1994,
   Singapura)
* Dialog Agama di antara penganut Islam, Yahudi dan Kristian, Bendor, Jerman (1989)
* Ceramah dan dialog bersama pelajar-pelajar di Washington, Amerika Syarikat (1996)
* Lawatan sambil belajar ke Negara-negara Timur Tengah dan Eropah anjuran Lembaga Perancang Keluarga Negara
   (1 – 9 Mac 1977)
* Muzakarah Ulama’ Nusantara : Islam Di Alaf Baru : Menggaris Agenda Alaf Baru ( 26 November 1998)

PENERBITAN
* Irsyad Hukum (Menyentuh Persoalan Semasa)
* Muammalah Hidup Islam – (Kompilasi 13 Tajuk Kertas-kerja) (1996)

PENULISAN
* Syaitan Musuh Insan, Tahun (4) Siri (17) (1398/1978)
* Hukum-Hukum Perkahwinan (1999)
* Amalan Di Bulan Ramadhan Mengikut Al-Quran dan As-Sunnah (1998)
* Rukyah dan Hisab (2000)
* Ibadah Qurban (1999)

KERTAS KERJA
* Siapa Kita
* Kesantunan Yang Mulia
* Kerja Sebagai Aktiviti Ibadat
* Peranan Da’I Menuju Ke Wawasan 2020
* Kontrasepsi dan Perancang Keluarga
* Islam Pada Pandangan Orang Bukan Islam Di Malaysia
* Zakat Membawa Berkat Mensyukuri Nikmat
* Batul Mal, Zakat dan Wakaf : Hukum dan Pelaksanaan
* Islam dan Cabarannya Masa Kini
* Dakwah Masa Kini dan Cabarannya
* Penerapan Nilai-Nilai Islam
* Pemindahan Ginjal
* Peranan dan Tanggungjawab Ulama’

KURSUS-KURSUS
* Kursus pendedahan di Muslim College of London, United Kingdom (10 Januari – 29 Jun 1989)

ANUGERAH
2001 : Darjah Kehormat Doktor Syariah (gelaran Dr.)
– dianugerahkan oleh Tuanku Canselor Universiti Malaya, DYMM Paduka Seri Sultan Perak

1999 : Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP)
– dianugerahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak

1994 : Jaksa Setia Mahkota
– dianugerahkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong

1986 : Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP)
– dianugerahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak

1978 : Ahli Mangku Negara (AMN)
– dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang

1976 : Pingakt Kelakuan Terpuji (PKT)
– dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang

1975 : Pingat Jasa Kebaktian (PJK)
– dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Lihatlah kekuasaan Allah SWT. Speechless!

 

rock-wave1

Wave Rock terletak di Hyden, Australia
Menurut peneliti 2.700 juta tahun yang lalu menurut peneliti.

ayers-rock1

Ayers Rock terletak Uluru Alice Spring, Australia
Kehebatan batu ini mampu berubah warna mengikut cuaca

dome-rock1

Dome of The Rock di Masjidil Aqha, Yerusalem

batu-orang

Ada yang panggil Malim Kundang Rock terletak di Pantai Air Manih, Minnangkabau – Padang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

maal-hijrah

1o Januari yang lepas kita menyambut Maal Hijrah 1429, dan pada 29 Disember akan datang kita akan sekali lagi menyambut Maal Hijrah 1430. Begitulah istimewanya tahun 2009. Namun apa yang begitu istimewa bagi saya pada tahun ini di akhir garisan 2009 ini kita sebenarnya terlebih dahulu memulakan langkah dan perbaharui niat melalui takwim Islam. Inilah yang sepatutnya berlaku. Cuba anda semua perhatikan pada tahun-tahun yang sebelumnya kita menyambut tahun baru Masihi terlebih dahulu kemudian barulah sambutan Maal Hijrah.

Dalam pergolakan hari ini khususnya di negara kita, dengan pelbagai masalah ekonomi, politik dan perpaduan rasa-rasanya apakah yang menjadi punca kepada semua ini. Saya ingin mengajak diri saya dan anda semua untuk cuba melihat kebenaran atas apa yang berlaku. Setiap tahun negara kita menyambut Tahun Baru dengan cara yang seperti selalunya, countdown detik 12 malam di Dataran Merdeka dengan persembahan-persembahan tertentu sebagai kegembiraan menyambut Tahun Baru. Namun apa yang berlaku selepas tahun baru pelbagai masalah melanda negara. Dalam satu sesi kuliah Maghrib yang pernah saya dengar, seorang ustaz ni bertanya apakah sebenarnya yang menjadikan negara kita penuh dengan masalah? Semua jemaah terdiam. Akhirnya ustaz ini menjawab sendiri, “Masalah yang menimpa negara pada hari ini ialah kerana hilangnya rahmat dari Allah.”

Cuba kita lihat dan fikirkan, kalau Maal Hijrah kita tahu pula menambut dengan bacaan doa akhir tahun, kemudian diikuti pula dengan bacaan doa awal tahun, mengapa sambutan Tahun Baru Masihi perlu disambut dengan cara yang boleh menghilangkan rahmat Allah terhadap kita? Adakah kerana Maal Hijrah sambutan hanya untuk orang Islam? Bayangkanlah kalau setiap tahun negara kita menyambut Tahun Baru dengan cara nyanyian dan persembahan-persembahan tarian, berapakah sisa rahmat Allah yang akan diturunkan kepada kita? Apa yang nak saya katakan, kita mengharapkan negara kita jauh dari masalah-masalah, tetapi kita tidak pernah untuk sensitif bagaimana cara kita memulakan sambutan untuk Tahun Baru. Mudah-mudahan dengan sambutan Maal Hijrah 1430 yang mendahului Tahun Baru 2009 nanti, marilah kita sama-sama memohon agar rahmat Allah akan kembali kepada kita semua. Amin.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ramai di antara kita selalu berkata, “Aku takde idea la..” atau “Idea aku tak kreatif..” Inilah antara ungkapan yang selalu disebut oleh kita. Sedar atau tidak sebenarnya kita sepatutnya jangan takut untuk mengeluarkan idea atau buah fikiran untuk sesuatu yang kita sedang lakukan. Jangan memikirkan idea kita akan diterima atau tidak kerana idea atau buah fikiran yang baik seharusnya perlu diketengahkan terlebih dahulu. Mempunyai idea tetapi takut untuk mengeluarkannya akan meletakkan pemikiran kita ke arah yang negatif dan menjatuhkan potensi yang kita ada.

Perkara yang selalu berlaku ialah kita sebenarnya mempunyai buah fikiran yang mungkin lebih baik tetapi kurang keyakinan telah membuatkan idea baik kita terbantut dan tidak menerima perkembangan yang sepatutnya. Adakah anda turut mengalami situasi seperti ini?

Banyak faktor yang menyebabkan situasi seperti ini berlaku, antaranya:

1. Anda seorang pekerja baru

Mungkin satu ketika, anda baru diterima bekerja di mana-mana organisasi. Tetapi dalam masa yang singkat anda terfikirkan banyak perubahan yang mungkin nampak di mata anda untuk organisasi. Namun status anda sebagai pekerja baru telah menutup anda untuk terus mengeluarkan idea yang mungkin amat berguna untuk perubahan dan tranformasi organisasi anda.

2. Takut dengan bos

Banyak juga di antara kita yang menghadapi situasi sebegini. Bos yang terlalu bersikap ‘bossy’ bukan mudah untuk kita menyuarakan pendapat walaupun kita amat pasti idea kita mampu memberikan kesan yang lebih baik. Dalam situasi begini suarakan pendapat anda kepada orang yang mungkin menjadi kepercayaan bos. Mungkin dia akan dapat menyuarakan buah fikiran anda yang hebat.

3. Terikat dengan kebiasaan

Bukan senang untuk merealisasikan buah fikiran anda kepada mereka yang sukar menerima perubahan dan terikat kepada kebiasaan. Walaupun anda seorang yang banyak idea namun sudah pasti kebiasaan akan menenggelamkan segala idea yang anda ada. Jangan mudah berputus asa. Apa yang penting idea anda bukan untuk disimpan.


Blog Stats

  • 120,941 hits

My Diary

December 2008
M T W T F S S
    Jan »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031