Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Archive for the ‘Ayat-Ayat Power’ Category

Dalam satu peristiwa, Panglima perang Quraisy yang bernama Abu Sufyan telah menyusup masuk ke Kota Madinah secara diam-diam dan memasuki ke rumah anaknya iaitu Ummu Habibah. Ketika Abu Sufyan hendak duduk di atas tikar yang disediakan untuk tempat duduk Nabi Muhammad s.a.w Ummu Habibah menarik dan menggulung tikar itu.

Melihat perlakuan anaknya maka Abu Sufyan bertanya, “Hai anakku mengapa engkau menggulung tikar itu? apakah kerana ia terlalu buruk untukku?”

Ummu Habibah menjawab, “Tikar itu adalah dikhususkan untuk tempat Nabi s.a.w sedangkan ayah seorang musyrik yang najis, tidak layak untuk duduk di atas tikar ini.”

Doa Saidina Osman Ibn Affan r.a ketika di akhir hayatnya..

Tatkala Saidina Osman sedang membaca Al-Quran, tiba-tiba datang segerombolan pemberontak memukulnya. Darah banyak mengalir sehingga ke janggut beliau.

Dalam keadaan sedemikian maka Saidina Osman berdoa, “Tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Engkau, sesungguhnya aku adalah di antara orang-orang yang menganiayai diriku sendiri. Ya Allah, ya Tuhan aku mohon bantuanMu atas segala urusanku. Aku mohon padaMu supaya aku sabar menerima cubaan yang menimpa diriku ini.”

Berkata Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a :

“Aku adalah manusia biasa dan aku bukanlah manusia yang terbaik di antara kamu. Apabila kamu semua melihat perbuatanku benar maka ikutilah aku tetapi apabila kamu melihat perbuatanku salah maka perbetulkanlah aku.” (Ucapan sewaktu dilantik menjadi khalifah)

“Semenjak aku masuk Islam belum pernah kukenyangkan perutku hanya kerana ingin merasakan segarnya beribadah dan belum pernah aku merasa puas minum kerana sangat rindunya aku terhadap Ilahi.”

“Orang yang cerdas ialah orang yang bertakwa. Orang yang dungu ialah orang yang derhaka. Orang yang dusta ialah orang yang khianat. Orang yang benar ialah orang yang dapat dipercayai.”

“Kami diuji dengan kesusahan maka┬ákami sabar tetapi ketika diuji dengan kesenangan (kemewahan) hampir-hampir kami hilang sabar.”

“Manusia yang paling celaka ialah raja-raja. Kebanyakan mereka ketika berkuasa bersikap zuhud terhadap harta sendiri tetapi tamak kepada harta orang lain.”


Blog Stats

  • 102,589 hits

My Diary

October 2014
M T W T F S S
« May    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.