Motivasi Untuk Tranformasi Diri

Hati Seorang Wanita

Posted on: February 5, 2009

wanita

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Bagaimana jika anda menghadapinya?

About these ads

12 Responses to "Hati Seorang Wanita"

wanita…jodoh….rezeki…kite Usaha…tp Allah telah mengatur apa yg terbaik utk kite…ehehehe

lelaki yg nak pegang tangan wanita yg menangis tu, mestilah yg bergelar suami nya..kalau x..jgn memandai nk pegang..

mestilah kan..:)

sekiranya tangisan masih lagi tidak mampu memaut hatinya, just let him go…

thanks for ur comment. dalam maksudnya tu..:)

ALLAH menghitung setiap butiran air mata seorang wanita yang berguguran, yakni Ibu… Jaga hati seorang ibu lebih mulia daripada menjaga hati seorang wanita yang tahunya menangis sahaja. Jadilah seorang wanita yang kental imannya seperti wanita-wanita di Gaza sana! Sebenarnya dan sejujurnya kalau kita sebagai seorang wanita duk asyik menangis di depan suami, katanya rimas. Itu yang saya dengar sewaktu menghadiri kursus motivasi tentang suami dan isteri.

(“,)Psst… tapi kalau sengaja menangis ingin ambil perhatian (bermanja) terhadap suaminya… Jawabnya: No comment lurh. :D

Dah pernah masuk kursus suami isteri ke? betul dah tu..tgk keadaan la..kalau sekali sekala tarik perhatian ok juga. kalau selalu rimas la.

lembutmu (wanita) tak beerti kau lemah…kau merupakan sayap kiri pada seorang suami…kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti…

sedari lah insan istimewa (wanita) bahawa kelembutan bukan kekurangan…bukan juga penghinaan dari Tuhan…bahkan untuk hiasan kecantikan…

Wahai insan yang bergelar LELAKI,skiranya kamu TELAH menyakiti hati seorg insan yg b’gelar WANITA,renungila smula pd stiap p’buatan & tgkh laku mu pd nya..tangisannya mgkin tiada mkna lg buat mu..krn sorg wnita yg mngis adalh krn wnta itu lembut ht nya krn menyayangimu.sesungguhnya,suatu ms ALLAH akan m’blsnya pd kamu wahai LELAKI d ats stiap titisan airmata yg jtuh dr wnita itu..RENUNGILAH..

Qurratu’aini: Terima kasih atas nasihat yang bermakna ini.

huhu..dah penat menangis kerana lelaki.

semoga dpertemukan dengan lelaki yang soleh, jujur, bertanggungjawab, memahami, dan menerima diri ini seadanya..
amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 103,366 hits

My Diary

February 2009
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: