Motivasi Untuk Tranformasi Diri

croc copyeagle copy

enggang copy

gajah copymiaw copytiger copyzebra copy

eaglee copy

posting ranking mei

Selepas sebulan yang lepas, so ni adalah ranking terbaru posting. Andalah yang meletakkan naik dan turunnya ranking posting ni. Terima kasih kerana sokongan anda semua kepada blog ini. Sekiranya anda ada cadangan tajuk-tajuk posting untuk saya ketengahkan, emelkan cadangan anda ke along_capr@yahoo.com.

1. Hati Seorang Wanita – 164 views

2. Antara Kasih, Sayang Dan Cinta – 99 views

3. Jodoh Ketentuan Allah – 84 views

4. Pengalaman Menghadapi Temuduga – 69 views

5. Air Terjun Lata Belatan – 67 views

pokok-dalam-paru-paru-1

pokok-dalam-paru-paru-2

Teringat masa kanak-kanak dulu. Atuk ngan nenek cakap jangan telan biji buah, nanti tumbuh dalam badan. Masa tu mungkin percaya lah kan sebab masih kecik. Tapi bila dah mula membesar, dalam hati Tapi bila tengok gambar ni aku dah fikir dua kali nak telan biji buah. Cerita betul ni. Berlaku pada Artyom Sidorkin (28 tahun) di Izhevsk, Russia. Pada awalnya doktor mengesahkan ada tumor dalam paru-paru Sidorkin. Tapi setelah diX-ray, beberapa doktor di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru pemuda ini.

spiesKelmarin baru sahaja berakhirnya pengendalian program Kem Remaja S.P.I.E.S (KRS) di Nur Bukit Unggul Eco Resort, Salak Tinggi. Alhamdulillah penyertaan seramai 95 orang peserta berumur dari lingkungan 13-17 tahun dari Bangi dan Kajang telah membuatkan program ini begitu menarik. Yang bagusnya kem ini adalah PERCUMA kerana ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan. Kem ini adalah modul asas dalam menjadikan Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional dan Social sebagai elemen kekuatan kepada remaja khususnya di negeri Selangor ini.

Bagi sesiapa yang ingin mengikuti kem ini secara percuma boleh terus menghubungi Koordinator Pembangunan Modal Insan melalui pejabat DUN masing-masing. Fitrah Power Resources telah dilantik sebagai pengendali untuk kem ini untuk DUN berikut:

9-10 Mei 2009 (Bangi + Kajang)
20-21 Jun 2009 (Teratai + Kinrara + Sg. Pelek)
27-28 Jun 2009 (Balakong + Semenyih)
4-5 Julai 2009 (Seri Serdang + Seri Kembangan)
18-19 Julai 2009 (Tanjung Sepat + Dusun Tua)

#Bagi mereka yang ingin mengetahui tentang Nur Bukit Unggul Eco Resort klik sini.

krs1

 Sesi outdoor gamekrs2

Peserta bergambar kenangan bersama Dr. Shafie & Us. Shukrikrs4

 Terapi Dhuha

nilai-positif-diri

Susah untuk dijawap apabila soalan sebegini yang ditanya kepada diri anda bukan? Mengapa? Sebahagiannya merasakan menyebut sesuatu positif tentang diri di hadapan orang lain seolah-olah kita menunjukkan yang bukan-bukan tentang diri sendiri. Atau mungkin juga kita tidak padan untuk menilai diri kita dengan sesuatu yang baik memandangkan terlalu banyak perkara negatif dalam diri kita.

Inilah yang kebiasaannya berlaku dalam kehidupan kita. Kita lebih mudah mencari apakah sikap negatif diri daripada melihat di manakah sikap positif kita. Jadi jangan pelik apabila kita menilai orang lain kita lebih cenderung dalam melihat peribadi mereka yang negatif terlebih dahulu berbanding sikap positif mereka. Dan perkara ini bukan mudah untuk kita anjakkan kerana telah sebati dengan pemikiran masyarakat kita.

Tapi sebenarnya kita perlu mencari apakah sikap positif dalam diri kita. Mengenal diri sendiri bukan sekadar melihat kelemahan diri sepanjang masa. Maksud muhasabah diri bukanlah bererti kita hanya menilik kekurangan diri sebaliknya perlu juga mencari di manakah sikap positif diri sebagai satu motivasi. Tanyalah diri anda? Apakah sikap positif dalam diri anda?

Andalah yang paling layak melihat diri anda, sama ada kekurangan atau kelebihan kerana jika orang lain yang memberikan penilaian kadangkala persepsi mereka berbeza melalui apa yang dilihat melalui mata kasar mereka. Tetapi andai diri anda sendiri yang menilai anda boleh melihat keseluruhan diri anda, dalam dan luar, zahir dan batin.

Untuk melihat sikap positif dalam diri anda, sekarang ambil sehelai kertas A4 dan sebatang pen. Tarik nafas..cuba renungkan siapa diri anda..dan apakah sikap positif yang membantu anda sehingga ke hari ini? Kemudian tulislah di atas kertas tadi. Anda akan dapati begitu banyak sikap positif yang boleh membantu anda menjadi lebih berjaya. Gunakan kesemua sikap positif ini untuk anda membina satu kehidupan baru yang lebih positif.

after-rain-1-copy

after-rain-2-copy

after-rain-3-copy

after-rain-5-copy

after-rain-6-copy

after-rain-7-copy

lukis2

lukis3

lukis1

lukis4

lukis6

lukis7

Blog Stats

  • 100,568 hits

My Diary

July 2014
M T W T F S S
« May    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.